Waktu Bekerja

 65 apa bayaran sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Pekeliling Perbendaharaan WP 1.4: Kadar dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Kerana Menjalankan Tugas Rasmi (Tidak Termasuk Anggota Tentera dan Anggota Polis) dan pindaannya dari semasa ke semasa; (v) pegawai tidak layak menuntut sebarang bayaran bagi tujuan kemudahan perlindungan insurans kesihatan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Ceraian SR.2.4.1 dan pindaannya dari semasa ke semasa; (vi) tempoh pelepasan yang dibenarkan adalah tidak melebihi daripada 60 hari bagi setiap musim haji, kecuali mendapat kebenaran khas dari Ketua Jabatan bagi pegawai-pegawai yang terpilih; (vii) pemberian pelepasan ini adalah dipertimbang dan diluluskan oleh Ketua Jabatan, tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan; (viii) tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan, Ketua Jabatan boleh pada bila-bila masa memanggil pegawai untuk bertugas semula; dan (ix) pemberian pelepasan ini hendaklah direkodkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan pegawai. PEMBATALAN 4. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Surat Edaran JPA(S)223/8/3 Klt.13(26) bertarikh 26 November 2009: Pemberian Pelepasan Seperti Bertugas Rasmi Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Dilantik Sebagai Petugas Lembaga Tabung Haji Di Tanah Suci Semasa Musim Haji adalah dibatalkan . PEMAKAIAN 5. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy