Waktu Bekerja

 65 CERAIAN SR.4.2.3 PEMBERIAN PELEPASAN SEPERTI BERTUGAS RASMI KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG DILANTIK SEBAGAI PETUGAS LEMBAGA TABUNG HAJI DI TANAH SUCI SEMASA MUSIM HAJI TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan pelepasan bertugas rasmi kepada pegawai perkhidmatan awam yang dilantik sebagai petugas Lembaga Tabung Haji di tanah suci semasa musim haji. LATAR BELAKANG 2. Kerajaan telah bersetuju supaya pegawai Perkhidmatan Awam yang dilantik oleh Lembaga Tabung Haji (LTH) untuk bertugas di Tanah Suci semasa musim haji (Petugas LTH) bagi pihak LTH diberi pelepasan seperti bertugas rasmi. PELAKSANAAN 3. Pelaksanaan pemberian pelepasan ini adalah tertakluk kepada pematuhan terhadap syarat-syarat dan peraturan-peraturan seperti berikut: a) pelepasan ini adalah layak diberikan kepada pegawai Perkhidmatan Awam lantikan secara tetap dan sementara sahaja; b) pegawai layak dibayar gaji pokok bagi sepanjang tempoh yang dibenarkan untuk bertugas sebagai Petugas LTH; c) pegawai layak dibayar imbuhan-imbuhan tetap dan elaun/bayaran insentif tertentu seperti di Lampiran SR.4.2.3(A) bagi sepanjang tempoh yang dibenarkan untuk bertugas sebagai Petugas LTH; d) semua elaun, kemudahan dan bayaran sebagaimana yang diperuntukkan kepada pegawai Perkhidmatan Awam kerana menjalankan tugas rasmi telah pun disediakan oleh pihak LTH. Dengan itu, pegawai yang dilantik sebagai Petugas LTH tidak layak menuntut sebarang elaun, kemudahan atau apa- apa bayaran sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Pekeliling Perbendaharaan WP 1.4: Kadar dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy