1-20 LAMPIRAN B LANGKAH KAWALAN KESELAMATAN EKOSISTEM DIGITAL BAGI MENYOKONG PELAKSANAAN BEKERJA DARI RUMAH Bil. Perkara Keterangan 1. Membudayakan amalan baik kawalan keselamatan dalam Rangka Kerja Keselamatan Siber Sektor Awam (RAKKSSA) Panduan asas kepada Jabatan dalam merancang perlindungan keselamatan maklumat yang diperlukan bagi ruang siber Jabatan masing-masing. Antara kawalan keselamatan Bekerja Dari Rumah yang perlu diberi perhatian adalah seperti di perkara (a) - (i): (a) Keselamatan peranti pemprosesan maklumat i. Memastikan sistem pengoperasian dan semua aplikasi yang digunakan adalah sah dan dilengkapi dengan security patches yang terkini; ii. Memastikan peranti dilindungi dari kod hasad dengan memasang perisian Endpoint Detection And Response (EDR), atau sekurang-kurangnya perisian antivirus yang dapat mengesan kod hasad dan ransomware secara real-time; iii. Melaksanakan penyulitan kepada media storan bagi mengurangkan risiko capaian tidak sah ke atas maklumat jika berlaku kecurian; iv. Melaksanakan imbasan kod hasad pada media storan mudah alih sebelum sebarang aktiviti dilaksanakan berkaitan media storan berkenaan; v. Melaksanakan sandaran (backup) bagi data dan maklumat Kerajaan untuk mengurangkan risiko data tidak dapat di akses jika berlaku kerosakan peranti; vi. Melaksanakan keselamatan fizikal bagi mengurangkan risiko kecurian dan kerosakan peranti; vii. Melaksanakan screen lock jika tidak berada di hadapan komputer/peranti;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy