51 Bil. Perkara Keterangan (b) Mengendalikan maklumat terperingkat i. Memastikan maklumat terperingkat diproses pada perkakasan atau peranti TMK yang dibekalkan oleh Kerajaan sahaja; ii. Menggunakan teknologi penyulitan jika ingin memindahkan maklumat menggunakan e-mel, media storan mudah alih atau lain-lain medium yang sesuai; dan iii. Peranti yang digunakan untuk memproses maklumat terperingkat tidak boleh disambungkan ke rangkaian yang tidak dipercayai (contoh: public wi-fi). (d) Capaian ke atas sistem aplikasi dalaman Jabatan Menggunakan VPN yang disediakan oleh Jabatan masing-masing bagi capaian ke atas sistem aplikasi dalaman Jabatan. (e) Capaian ke atas server Jabatan bagi pentadbir sistem Menggunakan perisian Priviledge Access Management (PAM) atau yang setara bagi capaian ke atas server dan peralatan rangkaian Jabatan untuk tujuan penyelenggaraan dan lain-lain tugas yang berkaitan. (e) Sambungan ke atas rangkaian komputer di rumah i. Menggunakan medium yang selamat (contoh: kabel UTP) bagi sambungan ke atas rangkaian komputer dan internet; ii. Sekiranya menggunakan wi-fi, konfigurasi Wireless Access Point (WAP) hendaklah menggunakan teknologi penyulitan yang terkini (contoh: WPA2 atau yang terkini); dan iii. Menggunakan router yang bebas dari sebarang security vulnerabilities. (f) Pengesahan identiti pengguna i. Menggunakan kata laluan yang selamat/kukuh dan perlu ditukar secara berkala; dan ii. Menggunakan Multi Factor Authentication (MFA) - jika disediakan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy