41 langkah yang perlu bagi memastikan kebenaran capaian tidak mengkompromi aspek keselamatan sumber TMK tersebut. Capaian hanya dibenarkan dalam persekitaran komunikasi selamat. Access Control List (ACL) kepada sumber TMK bagi capaian jarak jauh perlu diperketat dan dipantau penggunaannya. Penggunaan kaedah capaian menggunakan tunnelling berasaskan Secure Sockets Layer Virtual Private Network (SSLVPN) hendaklah dilaksanakan bagi capaian langsung yang membenarkan pengemaskinian. Jabatan bertanggjungjawab mengaktif dan menyediakan SSLVPN bagi kegunaan warga masing-masing. Pemantauan Secara Maya Bagi Sasaran Kerja Dan Output 7. Bagi tujuan pemantauan secara maya yang lebih berkesan, Jabatan boleh membangun dan menggunakan Sistem Aplikasi Diari BDR, seumpama Diari Rasmi bagi membolehkan pegawai merekodkan aktiviti kerja yang dilaksanakan semasa BDR atau lain-lain aplikasi yang seumpamanya. Ketua Jabatan atau penyelia boleh menyemak dan mengesahkan diari ini secara berkala serta boleh menjadi input kepada semakan semula sasaran kerja dan output. Penyeliaan Tugasan Pegawai Secara Digital 8. Ketua Jabatan hendaklah sentiasa menyelia tugasan pegawai BDR bertujuan untuk memantau status dan perkembangan tugasan pegawai yang telah ditetapkan. 9. Jabatan boleh mengguna pakai Perkhidmatan Komunikasi Bersepadu Kerajaan (MyGovUC2.0) atau pindaannya dari semasa ke semasa yang menggabungkan saluran komunikasi seperti telesidang, instant messaging, perkongsian dokumen, pengurusan mesyuarat secara maya serta perkongsian desktop. Kesemua tiga (3) perkhidmatan utama MyGovUC2.0 iaitu perkhidmatan telesidang, e-mel dan perkhidmatan storage- Big Mail Transfer (BMT) boleh dimanfaatkan bagi memastikan tugasan pegawai menepati kehendak atau sasaran yang ditetapkan. Pengurusan Dokumen Kerajaan 10. Dokumen dan data Kerajaan perlu diurus dengan lebih sistematik bagi melindungi maklumat Kerajaan. Sehubungan itu, Jabatan boleh mengguna pakai kemudahan aplikasi dan perkhidmatan yang telah disediakan oleh Kerajaan, antaranya: 10.1. menggunakan Digital Document Management System (DDMS) 2.0 atau pindaannya dari semasa ke semasa untuk menguruskan dan berkongsi dokumen Kerajaan. DDMS 2.0 menguruskan dokumen terperingkat sehingga ke peringkat Sulit. Dari aspek keselamatan, data dalamDDMS 2.0 disulitkan (encrypted) dalam semua keadaan iaitu pada storan (data-at-rest), penggunaan (data-in-use) dan transmisi (data-in- motion);
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy