41 Capaian Atau Akses Kepada Sumber 5. Semasa BDR, terdapat keperluan untuk pegawai mengakses sumber TMK Jabatan bagi melaksanakan tugasan rasmi. Jabatan hendaklah mengambil langkahlangkah yang perlu bagi memastikan kebenaran capaian tidak mengkompromi aspek keselamatan sumber TMK tersebut. 6. Capaian hanya dibenarkan dalam persekitaran komunikasi selamat. Access Control List (ACL) kepada sumber TMK bagi capaian jarak jauh perlu diperketat dan dipantau penggunaannya. Penggunaan kaedah capaian menggunakan tunnelling berasaskan Secure Sockets Layer Virtual Private Network (SSLVPN) hendaklah dilaksanakan bagi capaian langsung yang membenarkan pengemaskinian. Jabatan bertanggjungjawab mengaktif dan menyediakan SSLVPN bagi kegunaan warga masing-masing. Pemantauan Secara Maya Bagi Sasaran Kerja Dan Output 7. Bagi tujuan pemantauan secara maya yang lebih berkesan, Jabatan boleh membangun dan menggunakan Sistem Aplikasi Diari BDR, seumpama Diari Rasmi bagi membolehkan pegawai merekodkan aktiviti kerja yang dilaksanakan semasa BDR atau lain-lain aplikasi yang seumpamanya. Ketua Jabatan atau penyelia boleh menyemak dan mengesahkan diari ini secara berkala serta boleh menjadi input kepada semakan semula sasaran kerja dan output. Penyeliaan Tugasan Pegawai Secara Digital 8. Ketua Jabatan hendaklah sentiasa menyelia tugasan pegawai BDR bertujuan untuk memantau status dan perkembangan tugasan pegawai yang telah ditetapkan. 9. Jabatan boleh mengguna pakai Perkhidmatan Komunikasi Bersepadu Kerajaan (MyGovUC2.0) atau pindaannya dari semasa ke semasa yang menggabungkan saluran komunikasi seperti telesidang, instant messaging, perkongsian dokumen, pengurusan mesyuarat secara maya serta perkongsian desktop. Kesemua tiga (3) perkhidmatan utama MyGovUC2.0 iaitu perkhidmatan telesidang, e-mel dan perkhidmatan storage- Big Mail Transfer (BMT) boleh dimanfaatkan bagi memastikan tugasan pegawai menepati kehendak atau sasaran yang ditetapkan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy