Waktu Bekerja

 40 1.6. Jabatan perlu menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi menjaga keselamatan peralatan atau peranti TMK dengan merujuk kepada Dasar Keselamatan TMK Jabatan, Polisi Keselamatan Siber (PKS) Jabatan dan Rangka Kerja Keselamatan Sektor Awam (RAKKSSA); dan 1.7. setiap pegawai hendaklah mengambil langkah-langkah yang bersesuaian bagi memastikan keselamatan peralatan atau peranti TMK yang dibekalkan oleh Jabatan berdasarkan SOP yang ditetapkan. Sistem Pengurusan Kehadiran Pegawai 2. Sistem pengurusan kehadiran pegawai bertujuan untuk merekod kehadiran (waktu masuk dan waktu pulang) dan tempoh masa bekerja menggunakan sistem aplikasi tanpa mengambil kira kehadiran pegawai ke tempat kerja fizikal. Jabatan boleh menggunakan sistem aplikasi yang merekod kehadiran bertugas, merekod lokasi pegawai, memuat naik data kehadiran, menguruskan kehadiran pegawai, merekod catatan tugas pegawai, memantau tugasan pegawai di bawah seliaan, memuat turun kehadiran, menjana laporan dan statistik kehadiran. Pengesahan Identiti Pegawai 3. Pengesahan identiti pegawai bertujuan untuk menentukan kesahihan identiti pegawai bagi mengelakkan penipuan identiti dan penyalahgunaan sumber Kerajaan. Antara kaedah pengesahan identiti pegawai yang boleh dipertimbang untuk diguna pakai adalah: 3.1. menggunakan pengesahan multi faktor seperti gabungan kata laluan dengan nombor Transaction Authorisation Code (TAC); 3.2. menggunakan pengesahan multi faktor seperti gabungan kata laluan dengan nombor Transaction Authorisation Code (TAC); 3.3. menggunakan perkhidmatan tandatangan digital seperti Perkhidmatan Prasarana Kunci Awam Kerajaan (MyGPKI); atau 3.4. menggunakan Digital ID. 4. Semua sistem aplikasi dan kawalan capaian sumber TMK Jabatan yang berkaitan hendaklah mengambil kira keperluan pengesahan identiti pegawai dan diubahsuai mengikut tahap keselamatan perlindungan yang sewajarnya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy