1-5 BAHAGIAN B WAKTU BEKERJA, HARI, TEMPOH DAN TEMPAT SEMASA BDR Waktu Bekerja 1. Waktu bekerja pegawai yang melaksanakan BDR adalah mengikut waktu bekerjanya sama ada waktu bekerja pejabat, waktu bekerja bukan pejabat atau waktuwaktu bekerja yang lain mengikut sesuatu perkhidmatan. 2. Pegawai hendaklah mematuhi waktu bekerjanya sama ada waktu bekerja pejabat, waktu bekerja bukan pejabat atau waktu bekerja yang lain mengikut sesuatu perkhidmatan. 3. BDR boleh dilaksanakan dengan dua (2) kaedah seperti yang berikut: (a) “BDR Sepenuh Hari” bermaksud pegawai melaksanakan tugas hakiki atau tugas-tugas rasmi lain di Rumah mengikut waktu kerjanya yang telah ditetapkan kepada pegawai. (b) “BDR Separuh Hari” bermaksud pegawai melaksanakan tugas hakiki atau tugas-tugas rasmi lain di Rumah mengikut waktu kerjanya yang telah ditetapkan kepada pegawai dengan cut off waktu rehat dengan baki tempoh separuhnya, pegawai dikehendaki bertugas di pejabat atau lain-lain lokasi yang diarahkan oleh Ketua Jabatan. Jumlah waktu bekerja di pejabat dan di rumah hendaklah lapan (8) jam tidak termasuk rehat.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy