Waktu Bekerja

 36 7.3.1. BDR layak dipertimbangkan kepada Pegawai lantikan tetap, kontrak (Contract of Service), sementara dan sambilan termasuk Guru Interim. BAHAGIAN B WAKTU BEKERJA, HARI, TEMPOH DAN TEMPAT SEMASA BDR Waktu Bekerja 1. Waktu bekerja pegawai yang melaksanakan BDR adalah mengikut waktu bekerjanya sama ada waktu bekerja pejabat, waktu bekerja bukan pejabat atau waktuwaktu bekerja yang lain mengikut sesuatu perkhidmatan. 2. Pegawai hendaklah mematuhi waktu bekerjanya sama ada waktu bekerja pejabat, waktu bekerja bukan pejabat atau waktu bekerja yang lain mengikut sesuatu perkhidmatan. 3. BDR boleh dilaksanakan dengan dua (2) kaedah seperti yang berikut: a. “BDR Sepenuh Hari” bermaksud pegawai melaksanakan tugas hakiki atau tugas-tugas rasmi lain di Rumah mengikut waktu kerjanya yang telah ditetapkan kepada pegawai. b. “BDR Separuh Hari” bermaksud pegawai melaksanakan tugas hakiki atau tugas-tugas rasmi lain di Rumah mengikut waktu kerjanya yang telah ditetapkan kepada pegawai dengan cut off waktu rehat dengan baki tempoh separuhnya, pegawai dikehendaki bertugas di pejabat atau lain-lain lokasi yang diarahkan oleh Ketua Jabatan. Jumlah waktu bekerja di pejabat dan di rumah hendaklah lapan (8) jam tidak termasuk rehat. Hari BDR 4. BDR boleh dilaksanakan untuk sesuatu tempoh tertentu dan boleh dibuat secara giliran atau bukan giliran mengikut hari atau mingguan. 5. Peraturan semasa mengenai Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am adalah terpakai dalam penggunaan BDR ini. Tempoh BDR 6. Tempoh BDR adalah seperti berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy