35 permohonan pegawai mengikut peraturan berkuat kuasa; 5.5 Dalam mempertimbangkan permohonan pegawai, Ketua Jabatan hendaklah memastikan kesinambungan perkhidmatan penting kepada rakyat dan negara tidak terjejas. 6. Sekiranya tiada arahan rasmi yang lain, Ketua Jabatan boleh melaksanakan ketetapan kuota kehadiran di pejabat dalam menghadapi situasi-situasi yang membenarkan pegawai BDR. Kriteria Pegawai 7. Kriteria pegawai yang layak dipertimbangkan BDR adalah seperti berikut: 7.1. Arahan Kerajaan 7.1.1. Semua, sebahagian atau mana-mana Pegawai lantikan tetap, kontrak (Contract of Service), sementara dan sambilan termasuk Guru Interim kecuali mana-mana perkhidmatan, kumpulan atau kategori yang ditetapkan Kerajaan sebaliknya. 7.1.2. Tertakluk kepada arahan Kerajaan, Ketua Jabatan hendaklah menentukan perkhidmatan penting (essential services) seperti yang dikecualikan oleh Kerajaan, bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan penting kepada rakyat dan negara. Sebagai contoh, perkhidmatan yang boleh diberikan pengecualian BDR ialah kepada pegawai yang; i) bekerja di lapangan sepanjang tempoh waktu bekerjanya; atau ii) berurusan secara terus dengan orang ramai atau kumpulan sasar sama ada di kaunter perkhidmatan, institusi kebajikan atau lainlain yang seumpama dengannya. 7.2. Arahan Ketua Jabatan 7.2.1. BDR layak dipertimbangkan kepada Pegawai lantikan tetap, kontrak (Contract of Service), sementara dan sambilan termasuk Guru Interim. 7.3. Permohonan Pegawai
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy