29 14. Bagi memastikan BDR dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan berintegriti, pegawai yang diarah, dibenarkan atau diluluskan BDR hendaklah: a. mengemukakan maklumat mengenai alamat Rumah sebagai tempat bekerja semasa BDR; b. mematuhi semua peraturan yang dinyatakan di perenggan 10 dan Bahagian E: Garis Panduan Pelaksanaan BDR; dan c. mematuhi dan menyempurnakan semua sasaran output kerja yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan. TARIKH BERKUAT KUASA 15. Ceraian ini berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024. PEMBATALAN 16. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, semua kelulusan khas berkaitan BDR sebelum ini dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020 adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 17. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy