Waktu Bekerja

 28 i. Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88]; ii. Arahan Keselamatan; iii. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993]; dan iv. Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61]. 11. Pelaksanaan BDR hendaklah dipastikan tidak akan menjejas atau menyebabkan penyusutan kualiti penyampaian perkhidmatan dan prestasi kerja pegawai. Ketua Jabatan hendaklah menetapkan dan memantau pencapaian tugasan pegawai yang BDR. 12. Panduan umum mengenai pelaksanaan BDR berkaitan: a. Kaedah Pelaksanaan; b. Waktu Bekerja, Hari, Tempoh dan Tempat Semasa BDR; c. Gaji, Elaun, Kemudahan dan Skim Perlindungan; d. Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi; dan e. Pematuhan Peraturan. boleh dirujuk dalam Garis Panduan Pelaksanaan Bekerja Dari Rumah seperti di Lampiran SR.4.1.2(A). TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN DAN PEGAWAI 13. Bagi memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan berjalan seperti biasa dan pelaksanaan kemudahan BDR tidak menjejaskan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk; a. memberi arahan, kebenaran secara bertulis atau kelulusan kepada pegawai di bawah seliaannya untuk BDR tertakluk kepada peraturan-peraturan yang dinyatakan di perenggan 10; b. memantau penyempurnaan sasaran output tugasan pegawai yang ditetapkan kepada pegawai semasa BDR; dan c. memastikan semua tugasan yang dilaksanakan oleh pegawai semasa BDR adalah mematuhi peraturan seperti yang dinyatakan di perenggan 10 dan Bahagian E: Garis Panduan Pelaksanaan BDR.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy