Waktu Bekerja

 27 “Lokasi yang bersesuaian” bermaksud lokasi kerja yang selamat, dalam lingkungan jarak yang munasabah dan pegawai dapat hadir ke pejabat apabila diarahkan oleh Ketua Jabatan dalam tempoh yang munasabah. DASAR BDR 6. Pegawai boleh dipertimbangkan untuk BDR berdasarkan syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan ini. 7. BDR memperuntukkan pegawai melaksanakan tugas hakiki atau tugas-tugas rasmi lain dari Rumah pada hari bekerjanya sama ada secara sepenuh hari atau separuh hari bagi sesuatu tempoh, mengikut kesesuaian tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan awam dan diambil kira sebagai hadir bertugas. PRINSIP PELAKSANAAN BDR 8. Pegawai boleh BDR apabila: a. mendapat arahan daripada Kerajaan; b. mendapat arahan atau kebenaran daripada Ketua Jabatan; dan c. membuat permohonan dan mendapat kelulusan daripada Ketua Jabatan. 9. Dalam keadaan tertentu, Ketua Setiausaha Negara atau Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam boleh mengarahkan mana-mana pegawai untuk BDR demi kepentingan perkhidmatan. PERATURAN 10. Bagi pegawai yang diarah, dibenarkan atau diluluskan BDR, perkara-perkara yang berikut hendaklah dipatuhi: a. sentiasa berada di Rumah atau lokasi yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan sebagai tempat bekerja dalam tempoh waktu bekerja yang ditetapkan; b. sentiasa boleh dihubungi dalam tempoh, hari dan waktu bekerjanya; c. sentiasa bersedia untuk hadir ke pejabat atau mana-mana lokasi lain yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dalam tempoh yang munasabah; dan d. semua undang-undang, peraturan, pekeliling dan arahan yang berkuat kuasa dan terpakai kepada pegawai awam dari semasa ke semasa, termasuk antara lain, tetapi tidak terhad kepada:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy