2-8 16. BILAKAH CUTI TANPA REKOD (CTR) BAGI URUSAN KEMATIAN AHLI KELUARGA TERDEKAT PEGAWAI BERMULA SEMASA PELAKSANAAN WBF, SEKIRANYA SEORANG AHLI KELUARGA TERDEKAT PEGAWAI TELAH MENINGGAL DUNIA PADA HARI BEKERJA IAITU: (i) PADA PUKUL 2.00 PETANG? (ii) PADA PUKUL 4.45 PETANG DAN WAKTU PULANG PEGAWAI ADALAH PADA PUKUL 4.32 PETANG? (iii) PADA PUKUL 6.35 PETANG? Waktu pejabat bagi WBF adalah bermula pukul 7.30 pagi hingga 6.00 petang KECUALI pada hari Khamis di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor iaitu bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang. Bagi kes i. dan ii., CTR pegawai adalah bermula pada tarikh yang sama berlaku kematian ahli keluarga terdekat kerana kematian berlaku dalam waktu pejabat kecuali pada hari Khamis di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, CTR pegawai bermula pada keesokan harinya. Bagi kes iii., CTR pegawai adalah pada hari berikutnya kerana masa kematian tersebut adalah selepas waktu pejabat. 17. CUTI TANPA REKOD KEMUDAHAN ISTERI BERSALIN KEPADA PEGAWAI LELAKI. BILAKAH CUTI TANPA REKOD (CTR) KEMUDAHAN ISTERI BERSALIN KEPADA PEGAWAI LELAKI BERMULA SEMASA PELAKSANAAN WBF SEKIRANYA ISTERI PEGAWAI BERSALIN PADA HARI BEKERJA IAITU: (i) PADA PUKUL 2.00 PETANG? (ii) PADA PUKUL 4.45 PETANG DAN WAKTU PULANG PEGAWAI ADALAH PADA PUKUL 4.32 PETANG? (iii) PADA PUKUL 6.44 PETANG Waktu pejabat bagi WBF adalah bermula pukul 7.30 pagi hingga 6.00 petang kecuali pada hari Khamis di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor iaitu bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy