23 B. Sekiranya pengawai mengetik kehadiran masuk pejabat pada pukul 7.45 pagi, waktu pulang pegawai ialah pada pukul 4.45 petang. Dalam hal ini, pegawai telah masuk ke pejabat bagi memulakan tugas pada pukul 7.45 pagi dan keluar pejabat pukul 8.00 pagi atas urusan peribadi mengikut tempoh kebenaran yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan. Nota: Bagi Kebenaran Keluar Pejabat mengikut Ceraian SR.4.2.2, Ketua Jabatan boleh menetapkan bahawa pegawai perlu menggantikan semula tempoh waktu bekerja yang telah digunakan untuk tujuan menyelesaikan tugas hakikinya supaya penyampaian perkhidmatan tidak terjejas. 14. PEGAWAI TELAH MENGETIK KEHADIRAN MASUK KE PEJABAT PADA PUKUL 7.15 PAGI. PEGAWAI TELAH MENDAPAT KEBENARAN PELEPASAN MENINGGALKAN PEJABAT DALAM WAKTU BEKERJA BERMULA PUKUL 10.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI. PUKUL BERAPAKAH PEGAWAI DIBENARKAN PULANG SETELAH KEMBALI KE PEJABAT? Pegawai yang mengetik kehadiran masuk sebelum pukul 7.30 pagi dianggap memulakan tugas pada pukul 7.30 pagi. Oleh yang demikian, waktu pulang pegawai adalah pada pukul 4.30 petang. 15. BOLEHKAH SESEORANG PEGAWAI ATASAN MEMBERI KELULUSAN KELUAR PEJABAT BAGI PEGAWAI UNTUK URUSAN PERIBADI ATAU KLINIK ANTARA PUKUL 7.30 PAGI HINGGA 9.00 PAGI SEKIRANYA PEGAWAI TIDAK MENGETIK DALAM TEMPOH MASUK BEKERJA? Sekiranya Ketua Jabatan telah memberi kelulusan keluar pejabat antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi, tempoh kebenaran pelepasan hanya akan diambil kira mulai pukul 9.01 pagi sekiranya pegawai tidak mengetik masuk pejabat dan waktu pulang pegawai pada hari tersebut ialah pada pukul 6.00 petang.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy