2-3 (i) Jika tugasan rasmi bermula sebelum pukul 7.30 pagi, waktu pulang pegawai adalah pukul 4.30 petang. (ii) Jika tugasan rasmi bermula di antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi, waktu pulang pegawai adalah antara pukul 4.30 petang hingga 6.00 petang dengan syarat memenuhi tempoh waktu bekerja sehari. (iii) Jika tugasan rasmi bermula selepas pukul 9.00 pagi, waktu pulang pegawai adalah pukul 6.00 petang. 8. ADAKAH WBF TERPAKAI KEPADA PEGAWAI YANG BERKHIDMAT DI SEKOLAH/KLINIK KESIHATAN/IBU PEJABAT POLIS? Ya. WBF terpakai kepada semua pegawai yang berkhidmat di sekolah/klinik kesihatan/ibu pejabat polis yang mengguna pakai WBB sebelum ini. 9. PEGAWAI TIDAK MENGETIK KEHADIRAN MASUK DAN TIBA LEWAT KE PEJABAT IAITU PADA PUKUL 11.00 PAGI. PEGAWAI KEMUDIANNYA TELAH DIARAHKAN MELAKSANAKAN KERJA LEBIH MASA SETELAH TAMAT WAKTU BEKERJA. BILAKAH KERJA LEBIH MASA PEGAWAI BERMULA? Kerja lebih masa boleh bermula selepas tamat waktu pejabat iaitu bermula selepas pukul 6.00 petang. 10. SEORANG PEMANDU DIARAHKAN MEMBAWA PEGAWAI GRED JUSA B KE LAPANGAN TERBANG PADA PUKUL 5.20 PAGI DARI RUMAH PEGAWAI. SETELAH MENGHANTAR PEGAWAI ATASANNYA, PEMANDU TERSEBUT TERUS KE PEJABAT DAN MENGETIK WAKTU MASUK PADA PUKUL 7.41 PAGI DAN PULANG PADA PUKUL 4.55 PETANG. PADA MALAM HARI YANG SAMA, PEMANDU TERSEBUT KEMUDIANNYA DIARAHKAN MENGAMBIL PEGAWAI GRED JUSA B DI LAPANGAN TERBANG PADA PUKUL 11.00 MALAM. BELIAU BERTOLAK DARI RUMAH PADA PUKUL 9.30 MALAM DAN SAMPAI KE RUMAH PEGAWAI PUKUL 10.00 MALAM UNTUK MENGAMBIL KERETA DAN TERUS KE LAPANGAN TERBANG.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy