17 LAMPIRAN SR.4.1.1(B) SOALAN LAZIM (FAQ) PELAKSANAAN WAKTU BEKERJA FLEKSI (WBF) DI AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN 1. JIKA SEORANG PEGAWAI MENGETIK KEHADIRAN MASUK MELEPASI PUKUL 9.00 PAGI, SEBAGAI CONTOH PUKUL 9.15 PAGI: ADAKAH PEGAWAI TERSEBUT PERLU MENCUKUPKAN JUMLAH JAM BEKERJA SEHARI? Sekiranya pegawai mengetik kehadiran masuk melebihi pukul 9.00 pagi, pegawai dianggap lewat hadir ke pejabat. Walau bagaimanapun pegawai tersebut dibenarkan pulang selepas waktu pejabat bergantung kepada hari dan tempoh waktu pejabat di negeri masing-masing. 2. JIKA SESEORANG PEGAWAI DIKEHENDAKI MENGHADIRI SUATU RAPTAI PERBARISAN DI LUAR PEJABAT PADA PUKUL 7.00 PAGI DAN KEMUDIANNYA PEGAWAI KEMBALI KE PEJABAT, PUKUL BERAPAKAH PEGAWAI DIBENARKAN PULANG DI BAWAH WBF? Sekiranya raptai perbarisan bermula pada pukul 7.00 pagi, pegawai dianggap telah mengetik kehadiran masuk pada pukul 7.30 pagi dan pegawai tersebut dibenarkan pulang selepas waktu pejabat bergantung kepada hari dan tempoh waktu pejabat di negeri masing-masing. 3. PADA BULAN RAMADAN, ADAKAH PEGAWAI MASIH DIBENARKAN PULANG SETENGAH JAM AWAL? Pada bulan Ramadan, pegawai boleh dipertimbangkan untuk pulang setengah jam awal dengan syarat waktu rehat juga dikurangkan selama 30 minit seperti yang diperuntukkan dalam Ceraian SR.4.1.1 tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan. 4. ADAKAH WBF BULAN RAMADAN JUGA TERPAKAI UNTUK PEGAWAI BUKAN BERAGAMA ISLAM? WBF bulan Ramadan juga terpakai untuk pegawai bukan beragama Islam tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy