Waktu Bekerja

 104 8. Bagi tujuan pengiraan ELM bagi situasi di para 6 (a), sekiranya jadual bekerja melibatkan jadual bekerja gabungan jenis kerja malam dan kerja siang, kadar pekali yang digunakan ialah mengikut kadar pekali HBB mana yang lebih tinggi. 9. Walau bagaimanapun, jika terdapat hanya satu jenis kerja diatur (kerja siang atau kerja malam sahaja) dalam jadual pegawai, kiraan ELM bagi tujuan KLM setelah memenuhi tempoh bekerja 45 jam seminggu atau purata 45 jam bagi 4 minggu berturutan, hendaklah dibayar dengan kadar pekali HBB jenis kerja siang (1.125) atau kerja malam (1.25) tertakluk kepada jenis kerja yang dilaksanakan. 10. Kaedah kiraan KLM yang memenuhi jumlah bekerja seminggu atau purata empat (4) minggu adalah seperti berikut: Minggu (M) M5 M6 M7 M8 M9 M10 M11 M12 Jumlah Jam Bekerja Seminggu 46 54 43 43 46 46 46 46 Purata 4 minggu - - - - Jumlah KLM 46 – 45 = 1 jam Dikira secara purata 4 minggu dari M6 – M9 = 46.5 jam 46 – 45 = 1 jam 46 – 45 = 1 jam 46 – 45 = 1 jam Jumlah KLM boleh dikira mengikut minggu seperti berikut: M5 = 46 jam – 45 jam = 1 jam M6 – M9 = 4 (54+43+43+46) jam – 45 jam 4 = 4 (46.5 jam – 45 jam) = 4 (1.5 jam) = 6 jam M10 = 46 jam – 45 jam = 1 jam M11 = 46 jam – 45 jam = 1 jam M12 = 46 jam – 45 jam = 1 jam Maka, pengiraan ELM adalah seperti berikut: M5 = (Kadar sejam x Pekali) x 1 jam M6 hingga M9 = (Kadar sejam x Pekali) x 6 jam M10 = (Kadar sejam x Pekali) x 1 jam M11 = (Kadar sejam x Pekali) x 1 jam M12 = (Kadar sejam x Pekali) x 1 jam 11. Pembayaran ELM adalah tertakluk kepada pertimbangan Ketua Jabatan dan pematuhan kepada jumlah jam bekerja yang ditetapkan .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy