Waktu Bekerja
103 Nota: Jika pegawai baru melapor diri dan memulakan tugas selain dari hari Isnin, maka minggu tersebut dikecualikan daripada perkiraan jumlah jam bekerja 45 jam seminggu atau purata empat (4) minggu. Sekiranya pegawai diarahkan KLM pada minggu tersebut , maka pegawai layak dibayar ELM mengikut tempoh KLM pada minggu tersebut . Pengecualian ini hanya terpakai kepada minggu pertama pegawai melapor diri selain dari hari Isnin. 5. Sekiranya jumlah waktu bekerja sesuatu minggu kurang dari 45 jam, maka pengiraan jumlah jam seminggu 45 jam secara purata hendaklah digunakan. Dengan ini, kaedah pemilihan minggu hendaklah dibuat sewajarnya tanpa menjejaskan jumlah jam bekerja seminggu 45 jam secara mingguan atau purata 4 minggu. Contoh simulasi adalah seperti berikut: Minggu (M) M5 M6 M7 M8 M9 M10 M11 M12 Jumlah Jam Bekerja Seminggu 46 54 43 43 46 46 46 46 Purata 4 minggu - - - - Dikira secara purata 4 minggu dari M6 – M9 = 46.5 jam Jumlah waktu bekerja seminggu dari Minggu 6 hingga Minggu 9 dihitung secara purata 4 minggu dan jumlah waktu bekerja bagi keseluruhan Minggu 5 hingga Minggu 12 memenuhi prinsip 45 jam seminggu. 6. ELM boleh dipertimbangkan dalam keadaan seperti berikut: a) jumlah jam bekerja pada minggu tersebut atau purata 4 minggu melebihi 45 jam. Lebihan jam tersebut adalah dikira sebagai KLM dan layak dipertimbangkan ELM; dan b) terdapat arahan kerja lebih masa yang telah dikeluarkan secara bertulis oleh Ketua Jabatan dilaksanakan di luar waktu bekerja pegawai seperti yang telah ditetapkan. 7. Bagi pegawai yang jadual bertugasnya jatuh pada HKA, pegawai hendaklah dibayar suatu bayaran tambahan yang bersamaan dengan kadar ELM pada kadar Hari Kelepasan (HK) . Bayaran tambahan ini tidak boleh digantikan dengan Cuti Gantian.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy