Waktu Bekerja
102 C. ELAUN LEBIH MASA WAKTU BEKERJA BUKAN PEJABAT (WBBP) 1. Pegawai yang terlibat dengan WBBP yang dijadualkan bekerja secara syif atau terputus-putus adalah tertakluk kepada peraturan di bawah Ceraian SR.4.4.1 : Waktu Bekerja Bukan Pejabat. 2. Pegawai hendaklah mematuhi waktu bekerja sehari seperti yang dijadualkan dan memastikan jumlah jam bekerja seminggu dipatuhi. Jumlah jam bekerja yang ditetapkan iaitu 45 jam seminggu. Sekiranya jumlah jam bekerja adalah kurang dari 45 jam pada minggu-minggu tertentu maka purata 45 jam secara 4 minggu berturutan boleh digunakan dan tidak tertakluk (boleh melangkau) bulan semasa atau tahun semasa . 3. Dalam konteks pengiraan jumlah waktu bekerja seminggu, tempoh bekerja seminggu hendaklah mengambil kira tempoh-tempoh berikut: a) hari berkursus yang dihadiri oleh pegawai; b) hari pegawai bercuti rehat, cuti sakit, atau cuti-cuti lain yang bergaji penuh; dan c) HKA yang jatuh pada HBB. Walau bagaimanapun, tempoh ini tidak termasuk tempoh arahan KLM. 4. Kaedah mengira jumlah jam bekerja seminggu ialah mengambil jumlah jam bekerja dari hari Isnin hingga hari Ahad dalam minggu yang sama dan begitulah seterusnya merentas bulan dan tahun. Contoh simulasi adalah seperti berikut: Minggu Minggu (a) Minggu (b) Minggu (c) Hari Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Tempoh bekerja sehari (jam) 10 10 10 10 HKM 10 HRM 10 10 10 Jumlah waktu bekerja seminggu bagi Minggu (b) ialah 50 jam. Hari Tempoh/jam Jumlah seminggu (jam) Isnin 10 50 Selasa 10 Rabu 10 Khamis - Jumaat 10 Sabtu - Ahad 10
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy