Waktu Bekerja

 97 B. ELAUN LEBIH MASA BAGI PEMBANTU KHIDMAT AM (PKA) YANG DIBERI TUGAS MEMANDU 1. Pembantu Khidmat Am (PKA) yang melaksanakan tugas sebagai pemandu kenderaan yang diarah bekerja lebih masa di luar pejabat adalah layak menuntut bayaran ELM termasuk masa dalam perjalanan kerana tugas memandu merupakan tugas hakiki pemandu berkenaan. 2. Masa menunggu bagi seorang PKA kerana menjalankan tugas rasmi yang ada kaitan dengan tugas hakikinya atau jabatannya atau pegawai yang dibawanya boleh dikira sebagai kerja lebih masa tertakluk kepada arahan yang telah diberikan kepada PKA. KLM ialah tidak termasuk tugas peribadi sama ada bagi dirinya atau bagi pegawai yang dibawanya. 3. PKA layak menuntut ELM bagi masa perjalanannya dari rumah pegawai ke pejabat atau sebaliknya. PKA adalah tidak layak menuntut bayaran ELM dari rumah PKA ke pejabat dan sebaliknya, sebelum bermula waktu bekerja pejabat (pagi) atau selepas waktu bekerja pejabat (petang) kerana menjalankan kerja-kerja lebih masa. 4. Arahan menunggu yang boleh dikira sebagai KLM yang layak dipertimbangkan ELM hendaklah secara jelas diperaku serta disahkan oleh pegawai ketika membuat tuntutan ELM.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy