Kemudahan Tambang Antara Wilayah

 5 LAMPIRAN I TAFSIRAN ‘pegawai’ bermaksud Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang dilantik secara tetap, sementara atau kontrak (contract of service); ‘keluarga pegawai’ bermaksud pasangan dan anak-anak pegawai berumur di bawah 21 tahun yang masih dalam tanggungan pegawai, termasuk anak tiri dan anak angkat yang diambil mengikut undang-undang. Walau bagaimanapun, bagi anak-anak yang kurang upaya pemikiran atau hilang upaya jasmani secara kekal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, had umur di atas tidak terpakai; ‘ibu bapa’ bermaksud ibu bapa kandung atau tiri atau angkat yang sah mengikut undang-undang; ‘pasangan’ bermaksud isteri atau suami bagi pegawai, yang sah mengikut undangundang yang berkuat kuasa di Malaysia; ‘waris’ bermaksud ibu, bapa, adik-beradik atau saudara rapat pegawai; ‘bandar utama’ bermaksud: a) Labuan bagi Wilayah Persekutuan Labuan; atau b) mana-mana lokasi yang mempunyai akses kepada lapangan terbang, termasuk padang terbang bagi wilayah Sabah dan Sarawak. ‘ibu negeri’ bermaksud Kuala Lumpur, Putrajaya atau ibu negeri bagi negeri-negeri di wilayah Semenanjung Malaysia; ‘wilayah’ bermaksud Semenanjung Malaysia, Sarawak, Sabah dan Labuan; ‘wilayah berkhidmat’ bermaksud wilayah di mana pegawai ditempatkan dan menetap; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy