1-1 LAMPIRAN I TAFSIRAN ‘bandar utama’ bermaksud: a) Labuan bagi Wilayah Persekutuan Labuan; b) mana-mana lokasi yang mempunyai akses kepada lapangan terbang, termasuk padang terbang bagi Wilayah Sabah dan Sarawak. ‘ibu negeri’ bermaksud Kuala Lumpur, Putrajaya atau ibu negeri bagi negeri-negeri di Wilayah Semenanjung Malaysia; ‘ibu bapa’ bermaksud ibu bapa kandung atau tiri atau angkat yang sah mengikut undang-undang; ‘keluarga pegawai’ bermaksud pasangan dan anak-anak pegawai berumur di bawah 21 tahun yang masih dalam tanggungan pegawai, termasuk anak tiri dan anak angkat yang diambil mengikut undang-undang. Walau bagaimanapun, bagi anak-anak yang kurang upaya pemikiran atau hilang upaya jasmani secara kekal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, had umur di atas tidak terpakai; ‘pasangan’ bermaksud isteri bagi pegawai lelaki atau suami bagi pegawai perempuan, yang sah mengikut undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia; ‘pegawai’ bermaksud Pegawai Perkhidmatan Awam yang dilantik secara tetap, sementara atau kontrak (contract of service); ‘pegawai yang bertukar wilayah’ bermaksud pegawai yang berkhidmat di wilayah selain dari wilayah asalnya dalam keadaan-keadaan berikut: i) pegawai yang berasal dari Sabah dan ditempatkan berkhidmat di Semenanjung, Sarawak atau Labuan; ii) pegawai yang berasal dari Sarawak dan ditempatkan berkhidmat di Sabah, Semenanjung atau Labuan; iii) pegawai yang berasal dari Semenanjung dan ditempatkan berkhidmat di Sarawak, Sabah atau Labuan; atau
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy