Kemudahan Tambang Antara Wilayah

 2 PELAKSANAAN 4. Dasar dan peraturan di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini adalah terpakai kepada pegawai dengan syarat-syarat seperti berikut: a) pegawai boleh menikmati kemudahan ini setelah membuat pengisytiharan wilayah menetap ibu bapa dengan menggunakan borang seperti di Lampiran II. Pegawai boleh membuat pengisytiharan wilayah menetap ibu bapa pada bila-bila masa bagi tujuan kemudahan ini. Pengisytiharan ini hanya boleh dilakukan sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan dan direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan; b) dalam keadaan di mana ibu dan bapa menetap di wilayah yang berasingan, pegawai perlu mengisytiharkan kedua-dua wilayah menetap berkenaan; c) pegawai hendaklah melengkapkan borang-borang yang dilampirkan di ceraian berserta dokumen sokongan bagi tuntutan kemudahan yang berkaitan; dan d) perbelanjaan kemudahan tambang kapal terbang yang akan ditanggung Kerajaan meliputi keseluruhan kos tambang kapal terbang, termasuk harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang, insurans penumpang dan caj bahan api. Walau bagaimanapun, Kerajaan tidak akan menanggung kos berkaitan tambang kapal terbang yang disebabkan kecuaian atau urusan peribadi seperti penukaran tarikh penerbangan, kos lebihan bagasi dan sebagainya. 5. Pelaksanaan kemudahan tambang antara wilayah diperincikan melalui tiga (3) ceraian seperti berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy