Kemudahan Tambang Antara Wilayah

 1 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan dan Negeri Semua Pihak Berkuasa Tempatan ___________________________________________________________________ PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA ____________________________________________________________________ KEMUDAHAN TAMBANG ANTARA WILAYAH VERSI 1.0 (2024) TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan keputusan Kerajaan berhubung pemberian kemudahan tambang antara wilayah kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. LATAR BELAKANG 2. Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkelayakan diperuntukkan kemudahan Tambang Ziarah Wilayah, Tambang Ihsan Wilayah serta Tambang Mengiringi Jenazah dan Tambang Mengurus Pemindahan Barang Antara Wilayah. TAFSIRAN 3. Dalam Pekeliling Perkhidmatan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, tafsiran adalah seperti di Lampiran I. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM DIRECTOR-GENERAL OF PUBLIC SERVICE Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Public Service Department, Malaysia Aras 13, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P. PUTRAJAYA MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy