Kemudahan Tambang Antara Wilayah

 26 c) sekiranya pegawai bujang meninggal dunia, seorang waris diberi kemudahan tambang kapal terbang pergi dan balik untuk mengiringi jenazah pegawai ke tempat penyempurnaan atau pengebumian mayat di wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan atau mana-mana wilayah lain. 4. Sekiranya pegawai yang meninggal dunia, kemudahan Tambang Mengurus Pemindahan Barang pergi dan balik boleh diberikan kepada pasangan atau seorang ahli keluarga pegawai atau waris untuk menguruskan pemindahan barang pegawai dari wilayah berkhidmat ke wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan atau mana-mana wilayah lain tertakluk kadar tambang adalah bersamaan atau lebih rendah dari kadar tambang ke wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan. 5. Kadar tambang kapal terbang bagi pegawai, pasangan dan waris adalah mengikut kelayakan tambang kapal terbang pegawai. Manakala, kadar tambang kapal terbang bagi anak pegawai adalah berdasarkan kadar penerbangan Kelas Ekonomi. 6. Permohonan untuk menggunakan kemudahan Tambang Mengiringi Jenazah dan Tambang Mengurus Pemindahan Barang Antara Wilayah hendaklah menggunakan borang seperti di Lampiran SR.6.3.1(A). PEMBATALAN 7. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Versi 1.0 (2022) Ceraian SR.6.3.1 Tambang Mengiringi Jenazah dan Tambang Mengurus Pemindahan Barang adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 8. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy