Kemudahan Tambang Antara Wilayah

 25 CERAIAN SR.6.3.1 KEMUDAHAN TAMBANG MENGIRINGI JENAZAH DAN TAMBANG MENGURUS PEMINDAHAN BARANG ANTARA WILAYAH TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan kemudahan Tambang Mengiringi Jenazah dan Tambang Mengurus Pemindahan Barang Antara Wilayah kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang layak. Kemudahan Tambang Mengiringi Jenazah dan Tambang Mengurus Pemindahan Barang Antara Wilayah diperkenalkan bagi menggantikan kemudahan Tambang Mengiringi Jenazah dan Tambang Mengurus Pemindahan Barang. LATAR BELAKANG 2. Melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 - Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan, Kerajaan bersetuju supaya pemberian tambang ini diberi secara bersasar kepada pegawai yang berkhidmat di wilayah yang berbeza dengan wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan. Pemberian bersasar ini dapat mengoptimumkan perbelanjaan Kerajaan terhadap keperluan sebenar kemudahan tambang di samping meningkatkan kesejahteraan pegawai. Kelayakan 3. Pelaksanaan pemberian kemudahan Tambang Mengiringi Jenazah adalah seperti berikut: a) sekiranya pegawai yang meninggal dunia, kemudahan tambang kapal terbang diberikan kepada ahli keluarga pegawai untuk mengiringi jenazah pegawai ke tempat penyempurnaan atau pengebumian mayat di wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan atau mana-mana wilayah lain; b) sekiranya ahli keluarga pegawai meninggal dunia di wilayah berkhidmat, pegawai dan ahli keluarga pegawai diberi kemudahan tambang kapal terbang untuk mengiringi jenazah ke tempat pengebumian atau penyempurnaan mayat terhad dalam Malaysia sahaja. Kemudahan tambang kapal terbang juga diberi kepada pegawai dan ahli keluarga pegawai untuk pulang semula ke wilayah berkhidmat selepas selesai urusan pengebumian jenazah; atau

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy