21 Sekiranya kadar tambang adalah lebih tinggi, perbezaannya hendaklah ditanggung oleh pegawai; d) pasangan dan anak-anak pegawai yang tidak menetap bersama-sama pegawai di wilayah berkhidmat boleh menggunakan kemudahan ini untuk melawat pegawai yang sakit tenat dengan syarat kemudahan penerbangan itu tidak pernah digunakan bagi maksud berpindah mengikut pegawai ke tempat bertugas di wilayah berkhidmat terhad penggunaan sekali sepanjang tempoh perkhidmatan pegawai di wilayah berkhidmat. Kemudahan tambang yang disediakan berdasarkan kadar penerbangan Kelas Ekonomi dan tertakluk kadar tambang adalah bersamaan atau lebih rendah berbanding kadar tambang dari wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan. Sekiranya kadar tambang adalah lebih tinggi, perbezaannya hendaklah ditanggung oleh pegawai; e) permohonan bagi tujuan menziarahi ibu/ bapa/ ibu mentua/ bapa mentua yang sakit tenat atau nazak hendaklah disertakan dengan: (i) pengesahan oleh seorang Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan/ Penghulu/ Ketua Kampung mengenai keadaan sakit ibu/ bapa/ ibu mentua/ bapa mentua/ pegawai; atau (ii) perakuan pegawai sendiri yang disokong oleh Ketua Jabatan. f) bagi maksud tuntutan kemudahan ini bagi tujuan menziarahi ibu/ bapa/ ibu mentua/ bapa mentua yang meninggal dunia, ia hendaklah disertakan dengan salinan Sijil Kematian gemulah yang berkenaan; dan g) permohonan untuk menggunakan kemudahan Tambang Ihsan Wilayah hendaklah menggunakan borang seperti di Lampiran SR.6.2.1(A). PEMBATALAN 4. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Versi 1.0 (2022) Ceraian SR.6.2.1 Tambang Ihsan adalah dibatalkan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy