Kemudahan Tambang Antara Wilayah

 20 CERAIAN SR.6.2.1 KEMUDAHAN TAMBANG IHSAN WILAYAH TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan kemudahan Tambang Ihsan Wilayah kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang layak. Kemudahan Tambang Ihsan Wilayah diperkenalkan bagi menggantikan kemudahan Tambang Ihsan. LATAR BELAKANG 2. Melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 - Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan, Kerajaan bersetuju supaya pemberian tambang ini diberi secara bersasar kepada pegawai yang berkhidmat di wilayah yang berbeza dengan wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan bagi mengunjungi mereka. Pemberian bersasar ini dapat mengoptimumkan perbelanjaan Kerajaan terhadap keperluan sebenar kemudahan tambang di samping meningkatkan kesejahteraan pegawai. PELAKSANAAN Kelayakan 3. Pelaksanaan kemudahan ini adalah seperti berikut: a) diperuntukkan kepada pegawai sahaja mengikut kelayakan tambang kapal terbang yang telah ditetapkan; b) diberikan kepada pegawai untuk menziarahi ibu, bapa, ibu mentua dan bapa mentua yang sakit tenat atau meninggal dunia sebanyak satu (1) kali bagi setiap individu yang dinyatakan sepanjang tempoh perkhidmatan pegawai membawa jumlah maksimum sebanyak empat (4) kali sahaja]; c) kemudahan tambang kapal terbang pergi dan balik disediakan dari tempat tinggal pegawai di wilayah berkhidmat sehingga ke ibu negeri atau bandar utama di wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan atau mana-mana wilayah lain tertakluk kadar tambang adalah bersamaan atau lebih rendah dari kadar tambang ke wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy