13 Kekerapan penggunaan 10. Kemudahan ini diberi sekali dalam tempoh satu (1) tahun kalendar. Kemudahan yang tidak digunakan dalam tempoh satu (1) tahun kalendar akan luput dan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya. Kadar 11. Kadar kemudahan ini bersamaan dengan kadar tambang perjalanan laluan pergi dan balik paling dekat dari tempat tinggal pegawai di wilayah berkhidmat ke ibu negeri atau bandar utama di wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan. Penetapan kadar adalah berdasarkan harga pasaran semasa tiket penerbangan. Contoh penentuan had kadar kelayakan tambang adalah seperti di Lampiran SR.6.1.1(A). 12. Pegawai juga boleh menggunakan mana-mana laluan udara/ darat/ air yang lain dan bersesuaian tertakluk kadar adalah sama atau lebih rendah dari kadar tersebut. Contoh seperti di Lampiran SR.6.1.1(B). 13. Pegawai hendaklah menggunakan perkhidmatan kapal terbang yang disediakan oleh syarikat penerbangan yang diluluskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa. 14. Pasangan pegawai boleh disediakan tambang mengikut kelayakan pegawai manakala tambang bagi anak pegawai adalah mengikut kelayakan tambang Kelas Ekonomi. Kaedah permohonan 15. Permohonan kemudahan tambang ini hendaklah menggunakan borang seperti di Lampiran SR.6.1.1(C). PEMBATALAN 16. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Versi 1.0 (2022) Ceraian SR.6.1.1 Tambang Mengunjungi Wilayah Asal adalah dibatalkan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy