12 b) Ibu bapa meninggal dunia selepas pegawai mengisytiharkan wilayah menetap Kemudahan tambang diberikan dari tempat tinggal pegawai di wilayah berkhidmat ke wilayah menetap yang diisytiharkan atau wilayah di mana tempat jenazah ibu bapa disempurnakan tertakluk kadar tambang adalah bersamaan atau lebih rendah dari kadar tambang ke wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan. Sekiranya kadar tambang adalah lebih tinggi, perbezaannya hendaklah ditanggung oleh pegawai. 6. Bagi pegawai yang mengisytiharkan ibu bapanya menetap di wilayah yang berasingan, pegawai hanya layak menggunakan sekali (1) sahaja kemudahan ini dalam tahun kalendar tersebut. Hilang Kelayakan 7. Pegawai akan hilang kelayakan dalam keadaan berikut: a) berkhidmat di wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan atau ibu bapa menetap di wilayah berkhidmat pegawai; b) diluluskan apa-apa cuti yang tidak dibayar gaji atau cuti yang dibayar separuh gaji melebihi tempoh 180 hari dalam satu (1) tahun kalendar tidak layak diberikan kemudahan ini. Sekiranya pegawai telah menggunakan kemudahan ini lebih awal sebelum diluluskan apa-apa cuti yang tidak dibayar gaji atau cuti yang dibayar separuh gaji melebihi 180 hari dalam satu (1) tahun kalendar, pegawai tidak layak dipertimbangkan kemudahan ini untuk tahun berikutnya; c) dikenakan hukuman tatatertib pada bila-bila masa dalam satu (1) tahun kalendar, tidak layak diberikan kemudahan ini dalam tahun tersebut. Sekiranya pegawai telah menggunakan kemudahan ini lebih awal sebelum keputusan hukuman tatatertib tersebut dikeluarkan, pegawai tidak layak dipertimbangkan kemudahan ini untuk tahun berikutnya; atau d) diperuntukkan Elaun Balik Kampung atau seumpamanya dan menggunakan tambang tersebut, tidak layak menggunakan kemudahan ini. Walau bagaimanapun, sekiranya pasangan pegawai adalah penerima kemudahan ini, pasangan boleh menggunakan kemudahan ini atas kadar bujang dalam tahun kalendar yang sama.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy