11 adalah lebih tinggi, perbezaannya hendaklah ditanggung oleh pegawai. ii. pegawai juga boleh disediakan kemudahan tambang untuk melawat ahli keluarga yang menetap di: a) wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan; atau b) wilayah lain tertakluk kadar tambang adalah bersamaan atau lebih rendah dari kadar tambang ke wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan. Sekiranya kadar tambang adalah lebih tinggi, perbezaannya hendaklah ditanggung oleh pegawai. c) Pegawai bujang i. pegawai disediakan kemudahan tambang perjalanan pergi dan balik dari tempat tinggal pegawai di wilayah berkhidmat ke ibu negeri atau bandar utama di: a) wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan; atau b) wilayah lain tertakluk kadar tambang adalah bersamaan atau lebih rendah dari kadar tambang ke wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan. Sekiranya kadar tambang adalah lebih tinggi, perbezaannya hendaklah ditanggung oleh pegawai. ii. pegawai bujang yang pulang ke wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan untuk berkahwin dengan menggunakan kemudahan tambang ini, boleh disediakan tambang perjalanan untuk membawa pasangannya ke wilayah berkhidmat. 5. Bagi pegawai yang ibu bapanya telah meninggal dunia dan jenazahnya disempurnakan di wilayah yang berbeza dengan wilayah berkhidmat pegawai, pegawai layak diberikan kemudahan tambang ini mengikut keadaan seperti berikut:- a) Ibu bapa meninggal dunia sebelum pegawai mengisytiharkan wilayah menetap Kemudahan tambang diberikan dari tempat tinggal pegawai di wilayah berkhidmat ke wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan sahaja.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy