10 Kelayakan 4. Kelayakan kemudahan ini adalah tertakluk kepada tiga (3) keadaan seperti berikut: a) Ahli keluarga mengikut pegawai menetap di wilayah berkhidmat i. pegawai dan ahli keluarga pegawai disediakan kemudahan tambang perjalanan pergi dan balik dari tempat tinggal pegawai di wilayah berkhidmat ke ibu negeri atau bandar utama di wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan; ii. pegawai dan ahli keluarga pegawai juga boleh disediakan kemudahan tambang untuk melawat ibu bapa yang menetap di wilayah selain wilayah menetap yang diisytiharkan tertakluk kadar tambang adalah bersamaan atau lebih rendah dari kadar tambang ke wilayah yang diisytiharkan. Sekiranya kadar tambang adalah lebih tinggi, perbezaannya hendaklah ditanggung oleh pegawai; dan iii. sekiranya pegawai dan pasangan yang kedua-duanya adalah penerima kemudahan ini, maka: a) hanya seorang sahaja layak menggunakan kemudahan tambang ini untuk membawa ahli keluarga melawat ibu bapa di wilayah menetap yang diisytiharkan; dan b) pasangannya boleh menggunakan kemudahan tambang tersebut atas kadar bujang dalam satu (1) tahun kalendar. b) Ahli keluarga tidak mengikut pegawai di wilayah berkhidmat i. ahli keluarga pegawai yang tidak mengikut pegawai menetap di wilayah berkhidmat boleh disediakan kemudahan tambang: a) dari wilayah menetap ibu bapa pegawai yang diisytiharkan ke wilayah berkhidmat pegawai; atau b) dari wilayah selain wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan ke wilayah berkhidmat pegawai tertakluk kadar tambang adalah bersamaan atau lebih rendah dari kadar tambang ke wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan. Sekiranya kadar tambang
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy