Pegawai Bertukar Wilayah

 4 CERAIAN SR 6.1.1 KEMUDAHAN TAMBANG MENGUNJUNGI WILAYAH ASAL TUJUAN 1. Ceraian ini telah diperuntukkan kepada pegawai yang bertukar wilayah sebagai suatu kemudahan untuk membolehkan pegawai dan ahli keluarganya mengunjungi wilayah asal pegawai. LATAR BELAKANG 2. Kemudahan tambang mengunjungi wilayah asal bagi pegawai yang bertukar wilayah telah diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 22 Tahun 2008: Kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal Bagi Pegawai Yang Bertukar Wilayah. PELAKSANAAN 3. Pelaksanaan kemudahan ini adalah seperti berikut: a) kemudahan tambang perjalanan pergi dan balik disediakan dari tempat tinggal pegawai di wilayah berkhidmat ke mana-mana ibu negeri atau bandar utama di wilayah asal; b) kadar tambang adalah meliputi keseluruhan kos tambang pengangkutan merangkumi harga tiket, cukai lapangan terbang, insurans penumpang dan surcaj bahan api serta tuntutan perjalanan sekiranya pegawai menggunakan kenderaan sendiri. Perbelanjaan lain seperti penginapan, makan dan sebagainya adalah tanggungan pegawai sendiri; c) pegawai hendaklah menggunakan perkhidmatan kapal terbang yang disediakan oleh Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) atau syarikat penerbangan lain yang diluluskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa; d) pasangan pegawai boleh disediakan tambang mengikut kelayakan pegawai manakala tambang bagi anak pegawai adalah mengikut kelayakan tambang Kelas Ekonomi;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy