KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA KEMUDAHAN TAMBANG ANTARA WILAYAH VERSI 1.0 (2024) JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA Diedarkan kepada: Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha Suruhanjaya Persekutuan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan dan Negeri Semua Pihak Berkuasa Tempatan
ii KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT TUJUAN 1 LATAR BELAKANG 1 TAFSIRAN 1 PELAKSANAAN 2 TANGGUNG JAWAB KETUA JABATAN 3 TARIKH KUAT KUASA 3 TEMPOH PERALIHAN 3 PEMBATALAN 3 PEMAKAIAN 3 LAMPIRAN I Tafsiran 5 LAMPIRAN II Borang Pengisytiharan Wilayah Menetap Ibu Bapa 7 LAMPIRAN III Senarai Pekeliling Perkhidmatan Yang Dibatalkan 8 Kemudahan Tambang Ziarah Wilayah CERAIAN SR.6.1.1 Kemudahan Tambang Ziarah Wilayah 9 Lampiran SR.6.1.1(A) Contoh Penentuan Had Kadar Kelayakan Tambang 15 Lampiran SR.6.1.1(B) Contoh Penggunaan Laluan Lain 16 Lampiran SR.6.1.1(C) Borang Pemohonan Kemudahan Tambang Ziarah Wilayah 17 KemudahanTambang Ihsan Wilayah CERAIAN SR.6.2.1 Kemudahan Tambang Ihsan Wilayah 20
iii PERKARA MUKA SURAT Lampiran SR.6.2.1(A) Borang Pemohonan Kemudahan Tambang Ihsan Wilayah 23 Kemudahan Tambang Mengiringi Jenazah dan Mengurus Pemindahan Barang Antara Wilayah CERAIAN SR.6.3.1 Kemudahan Tambang Mengiringi Jenazah dan Mengurus Pemindahan Barang Antara Wilayah 24 Lampiran SR.6.3.1(A) Borang Permohonan Kemudahan Tambang Mengiringi Jenazah dan Mengurus Pemindahan Barang Antara Wilayah 27
iv Jejak Dokumen: Bil. Ceraian (Tarikh Kemas kini/Batal) Asal Pindaan
1 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan dan Negeri Semua Pihak Berkuasa Tempatan ___________________________________________________________________ PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA ____________________________________________________________________ KEMUDAHAN TAMBANG ANTARA WILAYAH VERSI 1.0 (2024) TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan keputusan Kerajaan berhubung pemberian kemudahan tambang antara wilayah kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. LATAR BELAKANG 2. Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkelayakan diperuntukkan kemudahan Tambang Ziarah Wilayah, Tambang Ihsan Wilayah serta Tambang Mengiringi Jenazah dan Tambang Mengurus Pemindahan Barang Antara Wilayah. TAFSIRAN 3. Dalam Pekeliling Perkhidmatan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, tafsiran adalah seperti di Lampiran I. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM DIRECTOR-GENERAL OF PUBLIC SERVICE Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Public Service Department, Malaysia Aras 13, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P. PUTRAJAYA MALAYSIA
2 PELAKSANAAN 4. Dasar dan peraturan di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini adalah terpakai kepada pegawai dengan syarat-syarat seperti berikut: a) pegawai boleh menikmati kemudahan ini setelah membuat pengisytiharan wilayah menetap ibu bapa dengan menggunakan borang seperti di Lampiran II. Pegawai boleh membuat pengisytiharan wilayah menetap ibu bapa pada bila-bila masa bagi tujuan kemudahan ini. Pengisytiharan ini hanya boleh dilakukan sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan dan direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan; b) dalam keadaan di mana ibu dan bapa menetap di wilayah yang berasingan, pegawai perlu mengisytiharkan kedua-dua wilayah menetap berkenaan; c) pegawai hendaklah melengkapkan borang-borang yang dilampirkan di ceraian berserta dokumen sokongan bagi tuntutan kemudahan yang berkaitan; dan d) perbelanjaan kemudahan tambang kapal terbang yang akan ditanggung Kerajaan meliputi keseluruhan kos tambang kapal terbang, termasuk harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang, insurans penumpang dan caj bahan api. Walau bagaimanapun, Kerajaan tidak akan menanggung kos berkaitan tambang kapal terbang yang disebabkan kecuaian atau urusan peribadi seperti penukaran tarikh penerbangan, kos lebihan bagasi dan sebagainya. 5. Pelaksanaan kemudahan tambang antara wilayah diperincikan melalui tiga (3) ceraian seperti berikut:
3 KOD CERAIAN PERKARA SR.6.1.1 Tambang Ziarah Wilayah SR.6.2.1 Tambang Ihsan Wilayah SR.6.3.1 Tambang Mengiringi Jenazah dan Mengurus Pemindahan Barang Antara Wilayah TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 6. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab membuat pengesahan terhadap pengisytiharan wilayah menetap ibu bapa pegawai dan penggunaan kemudahan dicatatkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan. 7. Ketua Jabatan juga bertanggungjawab memastikan kelulusan pemberian kemudahan tambang dilaksanakan mengikut peraturan yang berkuat kuasa dan disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan sebagaimana yang telah ditetapkan. TARIKH KUAT KUASA 8. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024. TEMPOH PERALIHAN 9. Pegawai yang sedang menikmati kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal (TMWA) yang diperuntukkan di bawah Ceraian SR.6.1.1 dan belum menggunakan kemudahan tersebut bagi kelayakan tahun perkhidmatan sehingga 31 Disember 2024, pegawai boleh terus menggunakan kemudahan TMWA berdasarkan syarat kelayakan sedia ada sehingga 31 Disember 2024. PEMBATALAN 10. Dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, Pekeliling Perkhidmatan seperti di Lampiran III adalah dibatalkan.
4 PEMAKAIAN 11. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
5 LAMPIRAN I TAFSIRAN ‘pegawai’ bermaksud Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang dilantik secara tetap, sementara atau kontrak (contract of service); ‘keluarga pegawai’ bermaksud pasangan dan anak-anak pegawai berumur di bawah 21 tahun yang masih dalam tanggungan pegawai, termasuk anak tiri dan anak angkat yang diambil mengikut undang-undang. Walau bagaimanapun, bagi anak-anak yang kurang upaya pemikiran atau hilang upaya jasmani secara kekal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, had umur di atas tidak terpakai; ‘ibu bapa’ bermaksud ibu bapa kandung atau tiri atau angkat yang sah mengikut undang-undang; ‘pasangan’ bermaksud isteri atau suami bagi pegawai, yang sah mengikut undangundang yang berkuat kuasa di Malaysia; ‘waris’ bermaksud ibu, bapa, adik-beradik atau saudara rapat pegawai; ‘bandar utama’ bermaksud: a) Labuan bagi Wilayah Persekutuan Labuan; atau b) mana-mana lokasi yang mempunyai akses kepada lapangan terbang, termasuk padang terbang bagi wilayah Sabah dan Sarawak. ‘ibu negeri’ bermaksud Kuala Lumpur, Putrajaya atau ibu negeri bagi negeri-negeri di wilayah Semenanjung Malaysia; ‘wilayah’ bermaksud Semenanjung Malaysia, Sarawak, Sabah dan Labuan; ‘wilayah berkhidmat’ bermaksud wilayah di mana pegawai ditempatkan dan menetap; dan
6 ‘wilayah menetap’ bermaksud wilayah tempat tinggal ibu bapa sekiranya masih hidup atau wilayah tempat jenazah ibu bapa disempurnakan sekiranya telah meninggal dunia.
7 LAMPIRAN II BORANG PENGISYTIHARAN WILAYAH MENETAP IBU BAPA MAKLUMAT PEGAWAI Nama : No. Kad Pengenalan (MyKad) : MAKLUMAT BAPA PEGAWAI Nama : No. Kad Pengenalan (MyKad/MyPR): Wilayah menetap : Alamat di wilayah menetap : Tarikh meninggal dunia : (jika berkaitan) MAKLUMAT IBU PEGAWAI Nama : No. Kad Pengenalan (MyKad/MyPR): Wilayah menetap : Alamat di wilayah menetap : Tarikh meninggal dunia : (jika berkaitan) PERAKUAN PEGAWAI Saya mengesahkan bahawa semua maklumat dan kenyataan yang diberikan adalah benar dan sah. Saya juga memahami bahawa sekiranya terdapat maklumat palsu, tidak benar atau tidak lengkap, maka saya boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Tandatangan: Nama: Tarikh: PENGESAHAN KETUA JABATAN Saya mengesahkan bahawa maklumat wilayah menetap ibu bapa pegawai seperti yang dinyatakan di atas adalah benar berdasarkan dokumen/ pengesahan yang dikemukakan kepada saya. Tandatangan: Nama: Tarikh: * Pengisytiharan wilayah menetap ibu bapa perlu disertakan dengan pembuktian dokumen sokongan berkaitan seperti bil utiliti/ surat pengesahan Penghulu/ Ketua Kampung/ Akuan Bersumpah atau apa-apa dokumen yang bersesuaian. Salinan sijil kematian perlu dikemukakan sekiranya ibu bapa telah meninggal dunia.
8 LAMPIRAN III Senarai Pekeliling Perkhidmatan Yang Dibatalkan Bil. Perkara PP Yang Dibatalkan 1. Tambang Mengunjungi Wilayah Asal Ceraian SR.6.1.1 Versi 1.0 (2022) 2. Tambang Ihsan Ceraian SR.6.2.1 Versi 1.0 (2022) 3. Tambang Mengiringi Jenazah dan Tambang Mengurus Pemindahan Barang Ceraian SR.6.3.1 Versi 1.0 (2022)
9 CERAIAN SR.6.1.1 KEMUDAHAN TAMBANG ZIARAH WILAYAH TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan kemudahan Tambang Ziarah Wilayah kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang layak. Kemudahan Tambang Ziarah Wilayah diperkenalkan bagi menggantikan kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal. LATAR BELAKANG 2. Melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 - Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan, Kerajaan bersetuju supaya pemberian tambang diberi secara bersasar kepada pegawai yang berkhidmat di wilayah yang berbeza dengan wilayah menetap ibu bapa bagi tujuan mengunjungi mereka. Pemberian bersasar ini dapat mengoptimumkan perbelanjaan Kerajaan terhadap keperluan sebenar kemudahan tambang di samping meningkatkan kesejahteraan pegawai. PELAKSANAAN Syarat 3. Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang telah mengisytiharkan wilayah menetap ibu bapanya layak untuk diberikan kemudahan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut: a) wilayah berkhidmat pegawai berbeza dengan wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan; b) tidak dikenakan hukuman tatatertib pada tahun kelayakan; c) markah penilaian prestasi terakhir pegawai sekurang-kurangnya 75%; dan d) pegawai hendaklah berkhidmat selama enam (6) bulan selepas tarikh lapor diri terlebih dahulu di wilayah berkhidmat yang berbeza dengan wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan bagi membolehkan pegawai menggunakan kemudahan ini untuk kali pertama.
10 Kelayakan 4. Kelayakan kemudahan ini adalah tertakluk kepada tiga (3) keadaan seperti berikut: a) Ahli keluarga mengikut pegawai menetap di wilayah berkhidmat i. pegawai dan ahli keluarga pegawai disediakan kemudahan tambang perjalanan pergi dan balik dari tempat tinggal pegawai di wilayah berkhidmat ke ibu negeri atau bandar utama di wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan; ii. pegawai dan ahli keluarga pegawai juga boleh disediakan kemudahan tambang untuk melawat ibu bapa yang menetap di wilayah selain wilayah menetap yang diisytiharkan tertakluk kadar tambang adalah bersamaan atau lebih rendah dari kadar tambang ke wilayah yang diisytiharkan. Sekiranya kadar tambang adalah lebih tinggi, perbezaannya hendaklah ditanggung oleh pegawai; dan iii. sekiranya pegawai dan pasangan yang kedua-duanya adalah penerima kemudahan ini, maka: a) hanya seorang sahaja layak menggunakan kemudahan tambang ini untuk membawa ahli keluarga melawat ibu bapa di wilayah menetap yang diisytiharkan; dan b) pasangannya boleh menggunakan kemudahan tambang tersebut atas kadar bujang dalam satu (1) tahun kalendar. b) Ahli keluarga tidak mengikut pegawai di wilayah berkhidmat i. ahli keluarga pegawai yang tidak mengikut pegawai menetap di wilayah berkhidmat boleh disediakan kemudahan tambang: a) dari wilayah menetap ibu bapa pegawai yang diisytiharkan ke wilayah berkhidmat pegawai; atau b) dari wilayah selain wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan ke wilayah berkhidmat pegawai tertakluk kadar tambang adalah bersamaan atau lebih rendah dari kadar tambang ke wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan. Sekiranya kadar tambang
11 adalah lebih tinggi, perbezaannya hendaklah ditanggung oleh pegawai. ii. pegawai juga boleh disediakan kemudahan tambang untuk melawat ahli keluarga yang menetap di: a) wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan; atau b) wilayah lain tertakluk kadar tambang adalah bersamaan atau lebih rendah dari kadar tambang ke wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan. Sekiranya kadar tambang adalah lebih tinggi, perbezaannya hendaklah ditanggung oleh pegawai. c) Pegawai bujang i. pegawai disediakan kemudahan tambang perjalanan pergi dan balik dari tempat tinggal pegawai di wilayah berkhidmat ke ibu negeri atau bandar utama di: a) wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan; atau b) wilayah lain tertakluk kadar tambang adalah bersamaan atau lebih rendah dari kadar tambang ke wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan. Sekiranya kadar tambang adalah lebih tinggi, perbezaannya hendaklah ditanggung oleh pegawai. ii. pegawai bujang yang pulang ke wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan untuk berkahwin dengan menggunakan kemudahan tambang ini, boleh disediakan tambang perjalanan untuk membawa pasangannya ke wilayah berkhidmat. 5. Bagi pegawai yang ibu bapanya telah meninggal dunia dan jenazahnya disempurnakan di wilayah yang berbeza dengan wilayah berkhidmat pegawai, pegawai layak diberikan kemudahan tambang ini mengikut keadaan seperti berikut:- a) Ibu bapa meninggal dunia sebelum pegawai mengisytiharkan wilayah menetap Kemudahan tambang diberikan dari tempat tinggal pegawai di wilayah berkhidmat ke wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan sahaja.
12 b) Ibu bapa meninggal dunia selepas pegawai mengisytiharkan wilayah menetap Kemudahan tambang diberikan dari tempat tinggal pegawai di wilayah berkhidmat ke wilayah menetap yang diisytiharkan atau wilayah di mana tempat jenazah ibu bapa disempurnakan tertakluk kadar tambang adalah bersamaan atau lebih rendah dari kadar tambang ke wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan. Sekiranya kadar tambang adalah lebih tinggi, perbezaannya hendaklah ditanggung oleh pegawai. 6. Bagi pegawai yang mengisytiharkan ibu bapanya menetap di wilayah yang berasingan, pegawai hanya layak menggunakan sekali (1) sahaja kemudahan ini dalam tahun kalendar tersebut. Hilang Kelayakan 7. Pegawai akan hilang kelayakan dalam keadaan berikut: a) berkhidmat di wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan atau ibu bapa menetap di wilayah berkhidmat pegawai; b) diluluskan apa-apa cuti yang tidak dibayar gaji atau cuti yang dibayar separuh gaji melebihi tempoh 180 hari dalam satu (1) tahun kalendar tidak layak diberikan kemudahan ini. Sekiranya pegawai telah menggunakan kemudahan ini lebih awal sebelum diluluskan apa-apa cuti yang tidak dibayar gaji atau cuti yang dibayar separuh gaji melebihi 180 hari dalam satu (1) tahun kalendar, pegawai tidak layak dipertimbangkan kemudahan ini untuk tahun berikutnya; c) dikenakan hukuman tatatertib pada bila-bila masa dalam satu (1) tahun kalendar, tidak layak diberikan kemudahan ini dalam tahun tersebut. Sekiranya pegawai telah menggunakan kemudahan ini lebih awal sebelum keputusan hukuman tatatertib tersebut dikeluarkan, pegawai tidak layak dipertimbangkan kemudahan ini untuk tahun berikutnya; atau d) diperuntukkan Elaun Balik Kampung atau seumpamanya dan menggunakan tambang tersebut, tidak layak menggunakan kemudahan ini. Walau bagaimanapun, sekiranya pasangan pegawai adalah penerima kemudahan ini, pasangan boleh menggunakan kemudahan ini atas kadar bujang dalam tahun kalendar yang sama.
13 Kekerapan penggunaan 10. Kemudahan ini diberi sekali dalam tempoh satu (1) tahun kalendar. Kemudahan yang tidak digunakan dalam tempoh satu (1) tahun kalendar akan luput dan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya. Kadar 11. Kadar kemudahan ini bersamaan dengan kadar tambang perjalanan laluan pergi dan balik paling dekat dari tempat tinggal pegawai di wilayah berkhidmat ke ibu negeri atau bandar utama di wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan. Penetapan kadar adalah berdasarkan harga pasaran semasa tiket penerbangan. Contoh penentuan had kadar kelayakan tambang adalah seperti di Lampiran SR.6.1.1(A). 12. Pegawai juga boleh menggunakan mana-mana laluan udara/ darat/ air yang lain dan bersesuaian tertakluk kadar adalah sama atau lebih rendah dari kadar tersebut. Contoh seperti di Lampiran SR.6.1.1(B). 13. Pegawai hendaklah menggunakan perkhidmatan kapal terbang yang disediakan oleh syarikat penerbangan yang diluluskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa. 14. Pasangan pegawai boleh disediakan tambang mengikut kelayakan pegawai manakala tambang bagi anak pegawai adalah mengikut kelayakan tambang Kelas Ekonomi. Kaedah permohonan 15. Permohonan kemudahan tambang ini hendaklah menggunakan borang seperti di Lampiran SR.6.1.1(C). PEMBATALAN 16. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Versi 1.0 (2022) Ceraian SR.6.1.1 Tambang Mengunjungi Wilayah Asal adalah dibatalkan.
14 PEMAKAIAN 17. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
15 Lampiran SR.6.1.1 (A) Contoh Penentuan Had Kadar Kelayakan Tambang Kadar kemudahan ini bersamaan dengan kadar tambang perjalanan laluan pergi dan balik paling dekat dari tempat tinggal pegawai di wilayah berkhidmat ke ibu negeri atau bandar utama di wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan. Penetapan kadar adalah berdasarkan harga pasaran semasa tiket penerbangan. Contoh Penentuan Kadar Pergi dan Balik Wilayah berkhidmat : Semenanjung Malaysia (Putrajaya) Wilayah menetap ibu bapa : Sarawak (Lawas) Kadar A ialah RM140.00 (laluan darat dengan menggunakan teksi) Kadar B ialah RM1,700.00 (laluan udara dengan menggunakan WPUA) Kadar C ialah RM700.00 (laluan udara dengan menggunakan WPUA) Had kadar kelayakan tambang : Kadar A + Kadar B + Kadar C : RM140.00 + RM1,700.00 + RM700.00 : RM2,540.00
16 Lampiran SR.6.1.1(B) Contoh Penggunaan Laluan Lain Contoh Penentuan Kadar Pergi dan Balik Wilayah berkhidmat : Semenanjung Malaysia (Putrajaya) Wilayah menetap ibu bapa : Sarawak (Lawas) Laluan terus: Putrajaya - KLIA - Kuching - Lawas Kadar A ialah RM140.00 (laluan darat dengan menggunakan teksi) Kadar B ialah RM1,700.00 (laluan udara dengan menggunakan WPUA) Kadar C ialah RM700.00 (laluan udara dengan menggunakan WPUA) Had kadar kelayakan tambang : Kadar A + Kadar B + Kadar C : RM140.00 + RM1,700.00 + RM700.00 : RM2,540.00 Contoh Laluan Lain Laluan lain: Putrajaya - KLIA - Kota Kinabalu - Lawas Kadar A ialah RM140.00 (laluan darat dengan menggunakan teksi) Kadar D ialah RM1,600.00 (laluan udara dengan menggunakan WPUA) Kadar E ialah RM500.00 (laluan udara dengan menggunakan WPUA) Had kadar kelayakan tambang : Kadar A + Kadar D + Kadar E : RM140.00 + RM1,600.00 + RM500.00 : RM2,240.00 Ketetapan: Pegawai boleh menggunakan laluan lain untuk ke ibu negeri atau bandar utama di wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan kerana tambang tersebut lebih rendah berbanding had kadar kelayakan.
17 Lampiran SR.6.1.1(C) BORANG PERMOHONAN KEMUDAHAN TAMBANG ZIARAH WILAYAH TAHUN ______ MAKLUMAT PEGAWAI Nama Pegawai: No. Kad Pengenalan: Jawatan & Gred: Alamat Tempat Tinggal: Alamat Tempat Berkhidmat: Tarikh Lapor Diri Di Wilayah Berkhidmat: Tarikh Terakhir Kemudahan Digunakan: MAKLUMAT PASANGAN Nama : No. Kad Pengenalan : Alamat Tempat Berkhidmat (jika berkenaan): Wilayah Menetap: MAKLUMAT WILAYAH MENETAP IBU BAPA Maklumat Bapa Nama Bapa: No. Kad Pengenalan Bapa: Wilayah Menetap Yang Diisytiharkan: Alamat Semasa Wilayah Menetap Bapa*: Ibu Negeri/ Bandar Utama Hendak Dituju**: Maklumat Ibu Nama Ibu: No. Kad Pengenalan Ibu: Wilayah Menetap Yang Diisytiharkan: Alamat Semasa Wilayah Menetap Ibu*: Ibu Negeri/ Bandar Utama Hendak Dituju**:
18 PERMOHONAN PEGAWAI ( ) Diri sendiri/ pasangan/ anak*** ke ibu negeri/ bandar utama di wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan/ wilayah lain*** Maklumat Perjalanan Pegawai Maklumat Perjalanan Pasangan Tarikh Penerbangan (Pergi) Tarikh Penerbangan (Balik) Tarikh Penerbangan (Pergi) Tarikh Penerbangan (Balik) Maklumat Perjalanan Anak Bil. Nama Tarikh Lahir No. Kad Pengenalan/ My Kid Tarikh Penerbangan (Pergi) Tarikh Penerbangan (Balik) 1. 2. 3. 4. 5. *sila lampirkan tambahan nama anak sekiranya perlu ( ) Keluarga pegawai dari ibu negeri/ bandar utama*** di wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan/ wilayah lain*** ke wilayah berkhidmat Bil. Nama Pasangan Tarikh Perjalanan (Pergi) Tarikh Perjalanan (Balik) 1. Maklumat Perjalanan Anak Bil. Nama Tarikh Lahir No. Kad Pengenalan/ My Kid Tarikh Penerbangan (Pergi) Tarikh Penerbangan (Balik) 1. 2. 3. 4. 5. *sila lampirkan tambahan nama anak sekiranya perlu
19 PENGESAHAN PEGAWAI Saya mengesahkan bahawa semua maklumat dan kenyataan yang diberikan adalah benar dan sah. Saya juga memahami bahawa sekiranya terdapat maklumat palsu, tidak benar atau tidak lengkap, maka saya boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Tandatangan: Nama: Tarikh: PENGESAHAN JABATAN Markah Penilaian Prestasi Terakhir Hukuman Tatatertib Pada Tahun Permohonan Ada / Tiada*** KEPUTUSAN KETUA JABATAN Permohonan pegawai seperti mana berikut adalah diluluskan/ tidak diluluskan:- Tambang bagi pegawai/ pasangan/ anak*** ke ibu negeri/ bandar utama di wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan/ wilayah lain*** Tambang kepada pasangan dan/ atau anak-anak*** dari ibu negeri/ bandar utama di wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan/ wilayah lain*** ke wilayah berkhidmat pegawai Tandatangan: Nama: Tarikh: Catatan * ** Sila sertakan dokumen sokongan/ pembuktian. Tidak terpakai bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia. Sekiranya ibu bapa telah meninggal dunia, sila sertakan Salinan Sijil Kematian. *** Potong mana yang tidak berkaitan.
20 CERAIAN SR.6.2.1 KEMUDAHAN TAMBANG IHSAN WILAYAH TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan kemudahan Tambang Ihsan Wilayah kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang layak. Kemudahan Tambang Ihsan Wilayah diperkenalkan bagi menggantikan kemudahan Tambang Ihsan. LATAR BELAKANG 2. Melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 - Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan, Kerajaan bersetuju supaya pemberian tambang ini diberi secara bersasar kepada pegawai yang berkhidmat di wilayah yang berbeza dengan wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan bagi mengunjungi mereka. Pemberian bersasar ini dapat mengoptimumkan perbelanjaan Kerajaan terhadap keperluan sebenar kemudahan tambang di samping meningkatkan kesejahteraan pegawai. PELAKSANAAN Kelayakan 3. Pelaksanaan kemudahan ini adalah seperti berikut: a) diperuntukkan kepada pegawai sahaja mengikut kelayakan tambang kapal terbang yang telah ditetapkan; b) diberikan kepada pegawai untuk menziarahi ibu, bapa, ibu mentua dan bapa mentua yang sakit tenat atau meninggal dunia sebanyak satu (1) kali bagi setiap individu yang dinyatakan sepanjang tempoh perkhidmatan pegawai membawa jumlah maksimum sebanyak empat (4) kali sahaja]; c) kemudahan tambang kapal terbang pergi dan balik disediakan dari tempat tinggal pegawai di wilayah berkhidmat sehingga ke ibu negeri atau bandar utama di wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan atau mana-mana wilayah lain tertakluk kadar tambang adalah bersamaan atau lebih rendah dari kadar tambang ke wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan.
21 Sekiranya kadar tambang adalah lebih tinggi, perbezaannya hendaklah ditanggung oleh pegawai; d) pasangan dan anak-anak pegawai yang tidak menetap bersama-sama pegawai di wilayah berkhidmat boleh menggunakan kemudahan ini untuk melawat pegawai yang sakit tenat dengan syarat kemudahan penerbangan itu tidak pernah digunakan bagi maksud berpindah mengikut pegawai ke tempat bertugas di wilayah berkhidmat terhad penggunaan sekali sepanjang tempoh perkhidmatan pegawai di wilayah berkhidmat. Kemudahan tambang yang disediakan berdasarkan kadar penerbangan Kelas Ekonomi dan tertakluk kadar tambang adalah bersamaan atau lebih rendah berbanding kadar tambang dari wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan. Sekiranya kadar tambang adalah lebih tinggi, perbezaannya hendaklah ditanggung oleh pegawai; e) permohonan bagi tujuan menziarahi ibu/ bapa/ ibu mentua/ bapa mentua yang sakit tenat atau nazak hendaklah disertakan dengan: (i) pengesahan oleh seorang Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan/ Penghulu/ Ketua Kampung mengenai keadaan sakit ibu/ bapa/ ibu mentua/ bapa mentua/ pegawai; atau (ii) perakuan pegawai sendiri yang disokong oleh Ketua Jabatan. f) bagi maksud tuntutan kemudahan ini bagi tujuan menziarahi ibu/ bapa/ ibu mentua/ bapa mentua yang meninggal dunia, ia hendaklah disertakan dengan salinan Sijil Kematian gemulah yang berkenaan; dan g) permohonan untuk menggunakan kemudahan Tambang Ihsan Wilayah hendaklah menggunakan borang seperti di Lampiran SR.6.2.1(A). PEMBATALAN 4. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Versi 1.0 (2022) Ceraian SR.6.2.1 Tambang Ihsan adalah dibatalkan.
22 PEMAKAIAN 5. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
23 Lampiran SR.6.2.1(A) BORANG PERMOHONAN KEMUDAHAN TAMBANG IHSAN WILAYAH MAKLUMAT PEGAWAI Nama Pegawai: No. Kad Pengenalan: Jawatan & Gred: Alamat Tempat Tinggal: Alamat Tempat Berkhidmat: Wilayah Menetap* Ibu/ Bapa Yang Diisytiharkan: Alamat Menetap Ibu/ Bapa: PERMOHONAN 1. Kemudahan ini digunakan bagi: (sila tandakan salah satu di dalam kotak) Diri sendiri ke ibu negeri/ bandar utama wilayah menetap ibu bapa Pasangan dan/ atau anak pegawai ke wilayah berkhidmat 2. Tujuan Menggunakan Kemudahan: 3. Ibu Negeri/ Bandar Utama Hendak Dituju: 4. Tarikh Kemudahan Diperlukan: PENGESAHAN PEGAWAI/ PENYELIA* Saya mengesahkan bahawa semua maklumat dan kenyataan yang diberikan adalah benar dan sah. Saya juga memahami bahawa sekiranya terdapat maklumat palsu, tidak benar atau tidak lengkap, maka saya boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Tandatangan: Nama: Tarikh: *Pengesahan Penyelia sekiranya kemudahan ini digunakan untuk pasangan dan/ atau anak pegawai.
24 ULASAN JABATAN Saya mengesahkan bahawa pegawai: Belum pernah menggunakan kemudahan ini. Telah menggunakan kemudahan ini untuk menziarahi ibu/ bapa/ ibu mentua/ bapa mentua*. Tandatangan: Nama: Tarikh: *Potong yang mana tidak berkenaan. KEPUTUSAN KETUA JABATAN Lulus/ Tidak Lulus* Tandatangan: Nama: Tarikh: *Potong yang mana tidak berkenaan.
25 CERAIAN SR.6.3.1 KEMUDAHAN TAMBANG MENGIRINGI JENAZAH DAN TAMBANG MENGURUS PEMINDAHAN BARANG ANTARA WILAYAH TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan kemudahan Tambang Mengiringi Jenazah dan Tambang Mengurus Pemindahan Barang Antara Wilayah kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang layak. Kemudahan Tambang Mengiringi Jenazah dan Tambang Mengurus Pemindahan Barang Antara Wilayah diperkenalkan bagi menggantikan kemudahan Tambang Mengiringi Jenazah dan Tambang Mengurus Pemindahan Barang. LATAR BELAKANG 2. Melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 - Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan, Kerajaan bersetuju supaya pemberian tambang ini diberi secara bersasar kepada pegawai yang berkhidmat di wilayah yang berbeza dengan wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan. Pemberian bersasar ini dapat mengoptimumkan perbelanjaan Kerajaan terhadap keperluan sebenar kemudahan tambang di samping meningkatkan kesejahteraan pegawai. Kelayakan 3. Pelaksanaan pemberian kemudahan Tambang Mengiringi Jenazah adalah seperti berikut: a) sekiranya pegawai yang meninggal dunia, kemudahan tambang kapal terbang diberikan kepada ahli keluarga pegawai untuk mengiringi jenazah pegawai ke tempat penyempurnaan atau pengebumian mayat di wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan atau mana-mana wilayah lain; b) sekiranya ahli keluarga pegawai meninggal dunia di wilayah berkhidmat, pegawai dan ahli keluarga pegawai diberi kemudahan tambang kapal terbang untuk mengiringi jenazah ke tempat pengebumian atau penyempurnaan mayat terhad dalam Malaysia sahaja. Kemudahan tambang kapal terbang juga diberi kepada pegawai dan ahli keluarga pegawai untuk pulang semula ke wilayah berkhidmat selepas selesai urusan pengebumian jenazah; atau
26 c) sekiranya pegawai bujang meninggal dunia, seorang waris diberi kemudahan tambang kapal terbang pergi dan balik untuk mengiringi jenazah pegawai ke tempat penyempurnaan atau pengebumian mayat di wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan atau mana-mana wilayah lain. 4. Sekiranya pegawai yang meninggal dunia, kemudahan Tambang Mengurus Pemindahan Barang pergi dan balik boleh diberikan kepada pasangan atau seorang ahli keluarga pegawai atau waris untuk menguruskan pemindahan barang pegawai dari wilayah berkhidmat ke wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan atau mana-mana wilayah lain tertakluk kadar tambang adalah bersamaan atau lebih rendah dari kadar tambang ke wilayah menetap ibu bapa yang diisytiharkan. 5. Kadar tambang kapal terbang bagi pegawai, pasangan dan waris adalah mengikut kelayakan tambang kapal terbang pegawai. Manakala, kadar tambang kapal terbang bagi anak pegawai adalah berdasarkan kadar penerbangan Kelas Ekonomi. 6. Permohonan untuk menggunakan kemudahan Tambang Mengiringi Jenazah dan Tambang Mengurus Pemindahan Barang Antara Wilayah hendaklah menggunakan borang seperti di Lampiran SR.6.3.1(A). PEMBATALAN 7. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Versi 1.0 (2022) Ceraian SR.6.3.1 Tambang Mengiringi Jenazah dan Tambang Mengurus Pemindahan Barang adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 8. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
27 Lampiran SR.6.3.1(A) BORANG PERMOHONAN KEMUDAHAN TAMBANG MENGIRINGI JENAZAH DAN TAMBANG MENGURUS PEMINDAHAN BARANG ANTARA WILAYAH MAKLUMAT PEMOHON (PEGAWAI/ KELUARGA/ WARIS) Nama: No. Kad Pengenalan: Jawatan & Gred: (sekiranya berkaitan) Alamat Tempat Tinggal: Wilayah Menetap* Ibu/ Bapa Yang Diisytiharkan: Alamat Menetap Ibu/ Bapa Pegawai: Hubungan dengan Gemulah : MAKLUMAT GEMULAH (PEGAWAI/ KELUARGA) Nama: No. Kad Pengenalan: Alamat Tempat Tinggal: Destinasi Tambang: PERMOHONAN Tambang Mengiringi Jenazah Tambang Mengurus Pemindahan Barang PENGAKUAN PEMOHON Saya mengesahkan bahawa semua maklumat dan kenyataan yang diberikan adalah benar dan sah. Saya juga memahami bahawa sekiranya terdapat maklumat palsu, tidak benar atau tidak lengkap, maka saya boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Tarikh: Tandatangan: KEPUTUSAN KETUA JABATAN Permohonan Diluluskan/ Tidak Diluluskan * Tarikh : Tandatangan: Nama: Jawatan: * Catatan: Potong yang mana tidak berkenaan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy