Kemudahan Perumahan

 11 SR.3.3.1 Pegawai Yang Diperuntukkan Rumah Khas Jabatan 6. Pegawai yang diperuntukkan Rumah Khas Jabatan tiada pilihan untuk tinggal di rumah lain memandangkan rumah berkenaan diperuntukkan atas keperluan tugasnya. Jika pegawai tidak menduduki rumah yang diperuntukkan, pegawai tidak layak BPK dan ITP. Pegawai Yang Diperuntukkan Rumah Khas Jawatan 7. Pegawai yang diperuntukkan Rumah Khas Jawatan perlu menduduki rumah berkenaan berdasarkan kepentingan jawatan yang disandangnya. Jika pegawai tidak menduduki rumah yang diperuntukkan, pegawai tidak layak BPK dan ITP. Pegawai Yang Diperuntukkan Rumah Biasa Kerajaan 8. Pegawai yang diperuntukkan Rumah Biasa Kerajaan tidak layak dibayar BPK oleh kerana pegawai berkenaan menduduki rumah yang berkenaan atas pilihannya sendiri. Pegawai adalah tertakluk kepada Bayaran Menduduki Rumah Kerajaan (BMRK) mengikut kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti di Ceraian SR.3.1.1 atau pindaannya dari semasa ke semasa. PEMBATALAN 9. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2002: Bayaran Perumahan Khas adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 10. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy