Kemudahan Perumahan

 10 CERAIAN SR.3.3.1 BAYARAN IMBUHAN PERUMAHAN KHAS TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menerangkan Bayaran Imbuhan Perumahan Khas (BPK) kepada pegawai yang diperuntukkan Rumah Kerajaan tertentu (tidak termasuk perkhidmatan Tentera, Polis, Bomba, Penjara dan Unit Pencegah Penyeludupan). LATAR BELAKANG 2. Pembayaran BPK diperuntukkan kepada pegawai yang mendiami Rumah Khas Jabatan, Rumah Khas Jawatan dan Kediaman Rasmi Penjawat Tinggi Kerajaan sebagai galakan untuk pegawai berkenaan menduduki Rumah Kerajaan yang diperuntukkan kepadanya. Pembayaran BPK diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2002 serta pindaannya melalui Surat Edaran JPA (SARAAN)(S)223/8/5-1(6) bertarikh 29 September 2010 dan JPA.(S).800-1/1/13(7) bertarikh 8 Julai 2022. PELAKSANAAN Kadar Bayaran Imbuhan Perumahan Khas dan Pegawai Yang Layak 3. Pembayaran BPK sebanyak 50% daripada kelayakan kadar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) pegawai diberi kepada pegawai yang menduduki: i. Rumah Khas Jabatan; ii. Rumah Khas Jawatan; dan iii. Kediaman Rasmi Penjawat Tinggi Kerajaan. Syarat Bayaran Imbuhan Perumahan Khas 4. BPK dibayar dengan syarat pegawai menduduki rumah yang diperuntukkan kepadanya. Pegawai tidak layak dibayar ITP dan juga tidak dikenakan bayaran sewa sepertimana ditetapkan mengikut peraturan Perintah Am 15 Bab ‘E’. 5. Syarat tidak menyewakan rumah sendiri adalah dimansuhkan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2022.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy