Kemudahan Perumahan

 7 CERAIAN SR.3.2.1 PERATURAN MENGOSONGKAN RUMAH BIASA KERAJAAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menerangkan peraturan mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan oleh pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang memiliki rumah melalui pembiayaan Skim Pinjaman/Pembiayaan Perumahan Kerajaan dan pegawai yang akan bersara. LATAR BELAKANG 2. Pelaksanaan peraturan mengenai mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan oleh pegawai Perkhidmatan Awam yang telah memiliki rumah melalui pembiayaan Skim Pinjaman/Pembiayaan Perumahan Kerajaan dan yang akan bersara telah diperuntukkan melalui Perintah Am Bab E 1974, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2007, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 1975 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1977. PELAKSANAAN 3. Peraturan pengosongan Rumah Biasa Kerajaan kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang telah memiliki rumah melalui pembiayaan Skim Pinjaman/Pembiayaan Perumahan Kerajaan adalah seperti berikut: a) pegawai yang menduduki Rumah Biasa Kerajaan, bertugas dan memiliki rumah sendiri yang dibeli melalui Skim Pinjaman/Pembiayaan Rumah Kerajaan dalam kawasan lingkungan 25 kilometer yang ditetapkan dikehendaki mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan apabila rumah yang dimiliki melalui skim tersebut siap dan selamat untuk diduduki; b) kawasan lingkungan 25 kilometer adalah ditetapkan daripada bangunan kekal atau mercu tanda seperti berikut: i. Bangunan Perdana Putra bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya; ii. Bangunan Sultan Abdul Samad bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy