10 CERAIAN SR.3.1.1 PERATURAN MENDUDUKI RUMAH KERAJAAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan berkaitan peraturan menduduki Rumah Kerajaan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. LATAR BELAKANG 2. Peraturan menduduki Rumah Kerajaan diperuntukkan melalui Perintah Am Bab E, perenggan C1, Lampiran C8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2002. PELAKSANAAN 3. Penetapan kelayakan Kelas Rumah Kerajaan adalah seperti berikut: Penetapan Kelayakan Kelas Rumah Kerajaan Mengikut Gred Gred Kelas Rumah Utama ‘B’ / Gred Khas ‘B’ dan ke atas A Utama ‘C’ / Gred Khas ‘C’ dan ke atas B 14 hingga 15 C/B (B-Sekiranya ada kekosongan) 12 hingga 13 C 9 hingga 11 D/C (C-Sekiranya ada kekosongan) 6 hingga 8 E/D (D-Sekiranya ada kekosongan) 4 hingga 5 E 2 hingga 3 F/E(E-Sekiranya ada kekosongan) 1 G, H, I dan J 4. Seseorang pegawai yang diperuntukkan Rumah Kerajaan hendaklah membuat Bayaran Menduduki Rumah Kerajaan (BMRK) mengikut kadar dan kaedah yang ditetapkan oleh Kerajaan iaitu potongan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) daripada kelayakan pegawai mengikut Lampiran E4, Rujukan E4-U91, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 dan Bayaran Imbuhan Sara Hidup (BISH) mengikut Lampiran E4,
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy