4 CERAIAN SR.3.1.1 PERATURAN MENDUDUKI RUMAH KERAJAAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan berkaitan peraturan menduduki Rumah Kerajaan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. LATAR BELAKANG 2. Peraturan menduduki Rumah Kerajaan diperuntukkan melalui Perintah Am Bab E, perenggan C1, Lampiran C8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2002. PELAKSANAAN 3. Penetapan kelayakan Kelas Rumah Kerajaan adalah seperti berikut: Penetapan Kelayakan Kelas Rumah Kerajaan Mengikut Gred Gred Kelas Rumah Utama ‘B’ / Gred Khas ‘B’ dan ke atas A Utama ‘C’ / Gred Khas ‘C’ dan ke atas B 53 hingga 56 C/B (B-Sekiranya ada kekosongan) 47 hingga 52 C 41 hingga 46 D/C (C-Sekiranya ada kekosongan) 31 hingga 40 E/D (D-Sekiranya ada kekosongan) 27 hingga 30 E 21 hingga 26 F/E(E-Sekiranya ada kekosongan) 13 hingga 20 G 1 hingga 12 H,I dan J 4. Seseorang pegawai yang diperuntukkan Rumah Kerajaan hendaklah membuat Bayaran Menduduki Rumah Kerajaan (BMRK) mengikut kadar dan kaedah yang ditetapkan oleh Kerajaan iaitu potongan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) daripada kelayakan pegawai mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2015, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2015, surat pelaksanaan JPA.SARAAN(S) 2760/10 Klt.21 (62) dan (63) bertarikh 10 September 2015 dan Bayaran Imbuhan Sara Hidup SR.3.1.1
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy