Kemudahan Perumahan

1-7  10) Pengetua Sekolah Teknik/Vokasional; dan 11) Pengetua Sekolah Berasrama Penuh. (d) Kediaman Rasmi Penjawat Tinggi Kerajaan : Rumah yang dikhaskan untuk seseorang penjawat jawatan tinggi yang rumahnya disediakan Kerajaan dengan perabot dan kelengkapan mengikut Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2021 atau pindaannya dari semasa ke semasa, seperti Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Perkhidmatan dan Ketua Jabatan bertaraf Ketua Pengarah yang berjawatan gred Jawatan Utama 'A' dan ke atas. (i) Senarai Jawatan Yang Layak Diperuntukkan Kediaman Rasmi Penjawat Tinggi Kerajaan : Jawatan-jawatan yang layak disediakan Kediaman Rasmi Penjawat Tinggi Kerajaan adalah berasaskan Surat Pekeliling Am Bil. 4 Tahun 2021 atau pindaannya dari semasa ke semasa. Bahagian Pengurusan Hartanah (Jabatan Perdana Menteri) hendaklah menyimpan satu senarai daftar untuk penjawat tinggi Kerajaan yang diperuntukkan kediaman rasmi tersebut.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy