1-6 5) Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mempunyai pusat-pusat seperti Rumah Seri Kenangan (untuk warga tua), Taman Seri Puteri (untuk perlindungan wanita dan gadis) dan Taman Sinar Harapan (untuk orang kurang upaya) memperuntukkan RKJ bagi pekerja-pekerja yang dikehendaki mengawasi dan memberi layanan rapi kepada penghuni sama ada mengikut jadual atau pun di luar jangka. (c) Rumah Khas Jawatan : Rumah yang dikhaskan untuk seseorang pegawai yang memegang jawatan tertentu seperti Ketua Jabatan yang berjawatan gred Jawatan Utama 'B' dan ke bawah. (i) Senarai Jawatan Yang Layak Disediakan Rumah Khas Jawatan Kementerian yang berkaitan hendaklah menyenaraikan jawatan-jawatan serta penempatan jawatan bagi penjawat berkenaan yang telah diperuntukkan Rumah Khas Jawatan dalam surat edaran dalamannya. (ii) Contoh Rumah Khas Jawatan di beberapa Jabatan 1) Ketua Setiausaha Kementerian Gred B dan ke bawah; 2) Pengarah Hospital mengikut ketetapan Kementerian Kesihatan; 3) Pegawai Perubatan Pakar mengikut ketetapan Kementerian Kesihatan; 4) Pengarah INTAN Kampus Wilayah; 5) Pengetua Institut Aminuddin Baki; 6) Pengetua Maktab Perguruan; 7) Pengetua Kolej Matrikulasi; 8) Pengetua Kolej Komuniti; 9) Pengetua Politeknik;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy