1-5 Pengurusan Hartanah), Jabatan Perkhidmatan Awam (Bahagian Gaji dan Elaun) dan Kementerian Kewangan (Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan). (ii) Contoh RKJ di beberapa Jabatan : 1) Kementerian Pendidikan memperuntukkan RKJ di sekolah berasrama penuh untuk warden yang bertanggungjawab mengawasi dan memberi perhatian kebajikan murid-murid yang tinggal di asrama pada setiap masa; 2) Kementerian Kesihatan yang memperuntukkan RKJ di hospital- hospital di mana Pegawai Perubatan dan pegawai-pegawai lain yang dikehendaki tinggal atas panggilan (on- call); 3) Jabatan Pertanian yang mempunyai Pusat Pertanian dan Pusat Latihan Pertanian memperuntukkan RKJ di mana pekerja dikehendaki mengawasi harta benda pusat-pusat tersebut atau pun keselamatan dan kebajikan pelatih-pelatih serta melibatkan dalam pengembangan pertanian pada bilabila masa dilawati oleh petani atau pekebun; 4) Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang mempunyai Pusat Ternakan Haiwan dan Pusat Penyelidikan Haiwan memperuntukkan RKJ di mana pekerjanya dikehendaki menjalankan tugas penusuan dan mengawasi pembiakan haiwan serta membuat kerja-kerja makmal yang mengikut jadual 24 jam atau pun di luar jangka; dan
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy