Kemudahan Perumahan

1-4  LAMPIRAN I Rumah Kerajaan Bagi maksud Ceraian di bawah, kemudahan perumahan dalam negeri yang disediakan oleh Kerajaan adalah seperti berikut: (a) Rumah Biasa Kerajaan : Rumah yang bukan dikhaskan untuk seseorang pegawai yang menjawat sesuatu jawatan tertentu dan diperuntukkan kepada pegawai yang layak memohonnya mengikut peraturan- peraturan yang ditetapkan. (b) Rumah Khas Jabatan (RKJ) : Rumah yang dikhaskan oleh Jabatan untuk kediaman seseorang pegawai yang dikehendaki berada setiap masa berdekatan dengan tempat bekerja. (i) Senarai Jawatan Yang Diperuntukkan RKJ 1) Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk mengenal pasti jawatan-jawatan penting yang boleh disediakan RKJ. Peruntukan RKJ hendaklah disenarai dan dikemas kini dari semasa ke semasa oleh agensi masing-masing. Penentuan ini hendaklah dibuat dengan teliti supaya hanya pegawai yang benar-benar dikehendaki setiap masa tinggal di atas panggilan untuk bertugas di luar waktu pejabat sahaja diperuntukkan RKJ. 2) Kementerian dikehendaki memantau semua agensi di bawah kawalannya supaya menetapkan jawatan-jawatan yang layak disediakan RKJ dan bagi maksud ini surat edaran dalaman dikeluarkan oleh Kementerian berkenaan. Satu salinan surat tersebut hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri (Bahagian

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy