Kemudahan Perumahan

1  KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM DIRECTOR-GENERAL OF PUBLIC SERVICE Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Public Service Department, Malaysia Aras 13, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P. PUTRAJAYA MALAYSIA Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA KEMUDAHAN PERUMAHAN KERAJAAN VERSI 2.0 (2022) TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) ini bertujuan memaklumkan mengenai kemudahan perumahan Kerajaan bagi Pegawai Perkhidmatan Awam yang meliputi penetapan kelayakan kelas rumah Kerajaan dan peraturan mengosongkan rumah Kerajaan dan bayaran imbuhan Perumahan Kerajaan. LATAR BELAKANG 2. Secara amnya Kerajaan boleh memperuntukkan rumah kediaman kepada mana- mana pegawai yang difikirkan sesuai mengikut peraturan yang berkuat kuasa. Peraturan berhubung perumahan Kerajaan bagi Pegawai Perkhidmatan Awam dinyatakan di dalam Perintah-perintah Am Bab E (Rumah dan Bangunan Pejabat Kerajaan) Tahun 1974, perenggan C1, Lampiran C8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2002, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2007 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy