Kemudahan Perumahan

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA KEMUDAHAN PERUMAHAN KERAJAAN VERSI 2.0 (2022) JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA Diedarkan kepada: Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan

i KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT TUJUAN 1 LATAR BELAKANG 1 PELAKSANAAN 2 TARIKH BERKUAT KUASA 2 PEMBATALAN 2 PEMAKAIAN 3 LAMPIRAN I Kemudahan Perumahan Dalam Negeri Yang Disediakan Kerajaan 1-1 LAMPIRAN II Senarai Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan Dan Surat Edaran Yang Dibatalkan 2-1 Peraturan Menduduki Rumah Kerajaan CERAIAN SR.3.1.1 Peraturan Menduduki Rumah Kerajaan 4 Peraturan Mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan CERAIAN SR.3.2.1 Peraturan Mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan 7 Bayaran Imbuhan Perumahan Kerajaan CERAIAN SR.3.3.1 Bayaran Imbuhan Perumahan Khas 10

ii Jejak Dokumen: Bil. Ceraian (Tarikh Kemaskini /Batal) Asal Pindaan 1. SR.3 (1 Julai 2022) Pindaan: Versi lama Pekeliling Induk SR.3 dibatalkan Dipinda kepada Versi baharu Pekeliling Induk SR.3 Pindaan Ceraian dan pengenalan Ceraian baharu seperti berikut: (i) Ceraian SR.3.1.1: Peraturan Menduduki Rumah Kerajaan; (ii) Ceraian SR.3.2.1: Peraturan Mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan; dan (iii) Baharu - Ceraian SR.3.3.1: Bayaran Imbuhan Perumahan Khas. (Rujuk Surat Edaran JPA.(S).800-1/1/13(7) bertarikh 8 Julai 2022) 2. SR.3.1.1 (27 Sep. 2023) Pindaan 1: PELAKSANAAN 4. Kriteria perumahan Kerajaan seperti mana yang ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri adalah: i. sesebuah rumah yang dijadikan Rumah Kerajaan hendaklah diperolehi atau dibina dengan peruntukan Kerajaan; ii. diselenggara oleh Kerajaan; dan iii. mempunyai Dipinda kepada 4. Seseorang pegawai yang diperuntukkan Rumah Kerajaan hendaklah membuat Bayaran Menduduki Rumah Kerajaan (BMRK) mengikut kadar dan kaedah yang ditetapkan oleh Kerajaan iaitu potongan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) daripada kelayakan pegawai mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2015, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2015, surat pelaksanaan JPA.SARAAN(S) 2760/10

iii Bil. Ceraian (Tarikh Kemaskini /Batal) Asal Pindaan kemudahan asas seperti bekalan air bersih, elektrik dan kaedah pembuangan najis dan kumbahan yang sempurna. 5. Sebuah bilik di asrama atau mes atau mana-mana kediaman yang serupa yang memenuhi kriteria Rumah Kerajaan adalah dianggap sebagai satu unit kediaman. 6. Rumah-rumah Kerajaan hendaklah dilengkapi dengan meter air dan elektrik individu dengan membuat permintaan kepada pihak berkuasa bekalan air dan elektrik yang berkaitan. Klt.21 (62) dan (63) bertarikh 10 September 2015 dan Bayaran Imbuhan Sara Hidup (BISH) mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2019 atau pindaannya dari semasa ke semasa. 5. Pegawai yang dibenarkan menduduki sesebuah rumah Kerajaan yang kelasnya lebih tinggi daripada kelayakannya, kenaan BMRK adalah: i. mengikut kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan iaitu potongan ITP dan BISH atau pindaannya dari semasa ke semasa sekiranya peruntukan rumah tersebut adalah atas tawaran oleh Ketua Jabatan atau Pegawai Perumahan; dan ii. perbezaan kadar bayaran berdasarkan BMRK (BMRK gred tertinggi kelas rumah berbanding BMRK kelayakan pegawai) sekiranya atas permohonan sendiri. 6. Pegawai yang telah diperuntukkan rumah yang kelasnya lebih rendah daripada kelayakannya, kenaan BMRK adalah seperti di perenggan 4. 7. Kriteria perumahan Kerajaan seperti mana yang ditetapkan

iv Bil. Ceraian (Tarikh Kemaskini /Batal) Asal Pindaan oleh Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri adalah: i. sesebuah rumah yang dijadikan Rumah Kerajaan hendaklah diperolehi atau dibina dengan peruntukan Kerajaan; ii. diselenggara oleh Kerajaan; dan iii. mempunyai kemudahan asas seperti bekalan air bersih, elektrik dan kaedah pembuangan najis dan kumbahan yang sempurna. 8. Sebuah bilik di asrama atau mes atau mana-mana kediaman yang serupa yang memenuhi kriteria Rumah Kerajaan adalah dianggap sebagai satu unit kediaman. 9. Rumah-rumah Kerajaan hendaklah dilengkapi dengan meter air dan elektrik individu dengan membuat permintaan kepada pihak berkuasa bekalan air dan elektrik yang berkaitan. Pindaan 2: PEMBATALAN 7. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, pekeliling dan Dipinda kepada 10. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, pekeliling dan

v Bil. Ceraian (Tarikh Kemaskini /Batal) Asal Pindaan surat pekeliling di bawah adalah dibatalkan: (i) Perenggan C1, Lampiran C8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002: Kemudahan Rumah Kerajaan; (ii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 27 Tahun 1977: Tanggungan Bagi Menjelaskan Bayaran Air-Perintah Am 18 Bab 'E'; (iii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1976: Tanggongan Bagi Menjelaskan Bayaran Air - Perintah Am 18 Bab 'E'; (iv) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 1972: Sewa Rumah Kerajaan Bagi Kelas Rumah Yang Lebih Rendah Daripada Kelas Yang Layak Diperuntukkan; (v) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 1971: Sewa Bilik Di Asrama Atau Mes; (vi) Surat Pekeliling surat pekeliling di bawah adalah dibatalkan: (i) Perenggan C1, Lampiran C8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002: Kemudahan Rumah Kerajaan; (ii) Kembaran 11, perenggan 14 (a) dan (b), Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1977: Kelayakankelayakan Menduduki Rumah Kerajaan; (iii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 27 Tahun 1977: Tanggungan Bagi Menjelaskan Bayaran Air-Perintah Am 18 Bab 'E'; (iv) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1976: Tanggongan Bagi Menjelaskan Bayaran Air - Perintah Am 18 Bab 'E'; (v) Bahagian (2), Lampiran C, Perintah Am Bab E Tahun 1974: Sewa Mes, Asrama dan Lain-Lain Tempat Tinggal Yang

vi Bil. Ceraian (Tarikh Kemaskini /Batal) Asal Pindaan Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 1971: Sewa Bilik Di Asrama Atau Mes; dan (vii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 1971: Sewa Rumah Di Bawah SyaratSyarat Perkhidmatan Baru (Suffian). Serupa; (vi) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 1972 : Sewa Rumah Kerajaan Bagi Kelas Rumah Yang Lebih Rendah Daripada Kelas Yang Layak Diperuntukkan; (vii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 1971: Sewa Bilik Di Asrama Atau Mes; (viii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 1971: Sewa Bilik Di Asrama Atau Mes; (ix) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 1971: Sewa Rumah Di Bawah Syarat-Syarat Perkhidmatan Baru (Suffian); dan (x) Perenggan 1.13, Surat Edaran JPA(S)2760/10 Klt.6/(28) bertarikh 7 Ogos 1996: Penjelasan Mengenai Pemberian Imbuhan Tetap Perumahan, Elaun dan Bayaran Lain Mengikut

vii Bil. Ceraian (Tarikh Kemaskini /Batal) Asal Pindaan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1996. (Rujuk Surat Edaran JPA.(S).800-6/2/22 Jld.2(3) bertarikh 27 September 2023) 3. SR.3.2.1 (27 Sep. 2023) Pindaan: PELAKSANAAN 3. d) tempoh mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan tersebut adalah 45 hari daripada tarikh rumah tersebut siap dan selamat untuk diduduki. Tempoh 45 hari adalah mulai dari tarikh Sijil Layak Menduduki (CF) dan kunci rumah diterima oleh pegawai. Sekiranya pegawai masih menduduki Rumah Biasa Kerajaan selepas tempoh 45 hari tersebut, pegawai akan dikenakan sewa dua kali ganda. Dipinda kepada 3. d) tempoh mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan tersebut adalah 45 hari daripada tarikh rumah tersebut siap dan selamat untuk diduduki. Tempoh 45 hari adalah mulai dari tarikh Sijil Layak Menduduki (CF) dan kunci rumah diterima oleh pegawai. Sekiranya pegawai masih menduduki Rumah Biasa Kerajaan selepas tempoh 45 hari tersebut, pegawai akan dikenakan dua (2) kali ganda Bayaran Menduduki Rumah Kerajaan (BMRK) yang ditetapkan oleh Kerajaan. (Rujuk Surat Edaran JPA.(S).800-6/2/22 Jld.2(3) bertarikh 27 September 2023) 4. SR.3.3.1 (27 Sep. 2023) Pindaan: PELAKSANAAN Pegawai Yang Diperuntukkan Rumah Biasa Kerajaan 8. Pegawai yang Dipinda kepada 8. Pegawai yang diperuntukkan

viii Bil. Ceraian (Tarikh Kemaskini /Batal) Asal Pindaan diperuntukkan Rumah Biasa Kerajaan tidak layak dibayar BPK oleh kerana pegawai berkenaan menduduki rumah yang berkenaan atas pilihannya sendiri. Pegawai layak dibayar ITP tertakluk kepada syarat yang ditetapkan seperti di Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2015 atau pindaannya dari semasa ke semasa dan tidak dikenakan bayaran sewa. Rumah Biasa Kerajaan tidak layak dibayar BPK oleh kerana pegawai berkenaan menduduki rumah yang berkenaan atas pilihannya sendiri. Pegawai adalah tertakluk kepada Bayaran Menduduki Rumah Kerajaan (BMRK) mengikut kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti di Ceraian SR.3.1.1 atau pindaannya dari semasa ke semasa. (Rujuk Surat Edaran JPA.(S).800-6/2/22 Jld.2(3) bertarikh 27 September 2023)

1  KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM DIRECTOR-GENERAL OF PUBLIC SERVICE Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Public Service Department, Malaysia Aras 13, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P. PUTRAJAYA MALAYSIA Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA KEMUDAHAN PERUMAHAN KERAJAAN VERSI 2.0 (2022) TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) ini bertujuan memaklumkan mengenai kemudahan perumahan Kerajaan bagi Pegawai Perkhidmatan Awam yang meliputi penetapan kelayakan kelas rumah Kerajaan dan peraturan mengosongkan rumah Kerajaan dan bayaran imbuhan Perumahan Kerajaan. LATAR BELAKANG 2. Secara amnya Kerajaan boleh memperuntukkan rumah kediaman kepada mana- mana pegawai yang difikirkan sesuai mengikut peraturan yang berkuat kuasa. Peraturan berhubung perumahan Kerajaan bagi Pegawai Perkhidmatan Awam dinyatakan di dalam Perintah-perintah Am Bab E (Rumah dan Bangunan Pejabat Kerajaan) Tahun 1974, perenggan C1, Lampiran C8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2002, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2007 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008.

2  PELAKSANAAN 3. Peraturan berhubung kemudahan perumahan Kerajaan diperincikan seperti berikut: KOD CERAIAN TEMA SR.3.1 Peraturan Menduduki Rumah Kerajaan Ceraian SR.3.1.1 Peraturan Menduduki Rumah Kerajaan SR.3.2 Peraturan Mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan Ceraian SR.3.2.1 Peraturan Mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan SR.3.3 SR Bayaran Imbuhan Perumahan Kerajaan Ceraian SR.3.3.1 Bayaran Imbuhan Perumahan Khas 4. Senarai kemudahan perumahan yang disediakan oleh Kerajaan adalah seperti di Lampiran I. TARIKH BERKUAT KUASA 5. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) ini berkuat kuasa mulai 1 Julai 2022. PEMBATALAN 6. Dengan berkuatkuasanya PPSM ini, Pekeliling Perkhidmatan (PP), Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) dan Surat Edaran (SE) seperti di Lampiran II adalah dibatalkan.

3  PEMAKAIAN 7. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, PPSM ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

1-4  LAMPIRAN I Rumah Kerajaan Bagi maksud Ceraian di bawah, kemudahan perumahan dalam negeri yang disediakan oleh Kerajaan adalah seperti berikut: (a) Rumah Biasa Kerajaan : Rumah yang bukan dikhaskan untuk seseorang pegawai yang menjawat sesuatu jawatan tertentu dan diperuntukkan kepada pegawai yang layak memohonnya mengikut peraturan- peraturan yang ditetapkan. (b) Rumah Khas Jabatan (RKJ) : Rumah yang dikhaskan oleh Jabatan untuk kediaman seseorang pegawai yang dikehendaki berada setiap masa berdekatan dengan tempat bekerja. (i) Senarai Jawatan Yang Diperuntukkan RKJ 1) Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk mengenal pasti jawatan-jawatan penting yang boleh disediakan RKJ. Peruntukan RKJ hendaklah disenarai dan dikemas kini dari semasa ke semasa oleh agensi masing-masing. Penentuan ini hendaklah dibuat dengan teliti supaya hanya pegawai yang benar-benar dikehendaki setiap masa tinggal di atas panggilan untuk bertugas di luar waktu pejabat sahaja diperuntukkan RKJ. 2) Kementerian dikehendaki memantau semua agensi di bawah kawalannya supaya menetapkan jawatan-jawatan yang layak disediakan RKJ dan bagi maksud ini surat edaran dalaman dikeluarkan oleh Kementerian berkenaan. Satu salinan surat tersebut hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri (Bahagian

1-5  Pengurusan Hartanah), Jabatan Perkhidmatan Awam (Bahagian Gaji dan Elaun) dan Kementerian Kewangan (Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan). (ii) Contoh RKJ di beberapa Jabatan : 1) Kementerian Pendidikan memperuntukkan RKJ di sekolah berasrama penuh untuk warden yang bertanggungjawab mengawasi dan memberi perhatian kebajikan murid-murid yang tinggal di asrama pada setiap masa; 2) Kementerian Kesihatan yang memperuntukkan RKJ di hospital- hospital di mana Pegawai Perubatan dan pegawai-pegawai lain yang dikehendaki tinggal atas panggilan (on- call); 3) Jabatan Pertanian yang mempunyai Pusat Pertanian dan Pusat Latihan Pertanian memperuntukkan RKJ di mana pekerja dikehendaki mengawasi harta benda pusat-pusat tersebut atau pun keselamatan dan kebajikan pelatih-pelatih serta melibatkan dalam pengembangan pertanian pada bilabila masa dilawati oleh petani atau pekebun; 4) Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang mempunyai Pusat Ternakan Haiwan dan Pusat Penyelidikan Haiwan memperuntukkan RKJ di mana pekerjanya dikehendaki menjalankan tugas penusuan dan mengawasi pembiakan haiwan serta membuat kerja-kerja makmal yang mengikut jadual 24 jam atau pun di luar jangka; dan

1-6  5) Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mempunyai pusat-pusat seperti Rumah Seri Kenangan (untuk warga tua), Taman Seri Puteri (untuk perlindungan wanita dan gadis) dan Taman Sinar Harapan (untuk orang kurang upaya) memperuntukkan RKJ bagi pekerja-pekerja yang dikehendaki mengawasi dan memberi layanan rapi kepada penghuni sama ada mengikut jadual atau pun di luar jangka. (c) Rumah Khas Jawatan : Rumah yang dikhaskan untuk seseorang pegawai yang memegang jawatan tertentu seperti Ketua Jabatan yang berjawatan gred Jawatan Utama 'B' dan ke bawah. (i) Senarai Jawatan Yang Layak Disediakan Rumah Khas Jawatan Kementerian yang berkaitan hendaklah menyenaraikan jawatan-jawatan serta penempatan jawatan bagi penjawat berkenaan yang telah diperuntukkan Rumah Khas Jawatan dalam surat edaran dalamannya. (ii) Contoh Rumah Khas Jawatan di beberapa Jabatan 1) Ketua Setiausaha Kementerian Gred B dan ke bawah; 2) Pengarah Hospital mengikut ketetapan Kementerian Kesihatan; 3) Pegawai Perubatan Pakar mengikut ketetapan Kementerian Kesihatan; 4) Pengarah INTAN Kampus Wilayah; 5) Pengetua Institut Aminuddin Baki; 6) Pengetua Maktab Perguruan; 7) Pengetua Kolej Matrikulasi; 8) Pengetua Kolej Komuniti; 9) Pengetua Politeknik;

1-7  10) Pengetua Sekolah Teknik/Vokasional; dan 11) Pengetua Sekolah Berasrama Penuh. (d) Kediaman Rasmi Penjawat Tinggi Kerajaan : Rumah yang dikhaskan untuk seseorang penjawat jawatan tinggi yang rumahnya disediakan Kerajaan dengan perabot dan kelengkapan mengikut Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2021 atau pindaannya dari semasa ke semasa, seperti Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Perkhidmatan dan Ketua Jabatan bertaraf Ketua Pengarah yang berjawatan gred Jawatan Utama 'A' dan ke atas. (i) Senarai Jawatan Yang Layak Diperuntukkan Kediaman Rasmi Penjawat Tinggi Kerajaan : Jawatan-jawatan yang layak disediakan Kediaman Rasmi Penjawat Tinggi Kerajaan adalah berasaskan Surat Pekeliling Am Bil. 4 Tahun 2021 atau pindaannya dari semasa ke semasa. Bahagian Pengurusan Hartanah (Jabatan Perdana Menteri) hendaklah menyimpan satu senarai daftar untuk penjawat tinggi Kerajaan yang diperuntukkan kediaman rasmi tersebut.

2-1  LAMPIRAN II Senarai Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan Dan Surat Edaran Yang Dibatalkan Bil. Tema PP/SPP/SE Yang Dibatalkan 1. Peraturan menduduki rumah Kerajaan (i) Perenggan C1, Lampiran C8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002: Kemudahan Rumah Kerajaan; (ii) Kembaran 11, perenggan 14 (a) dan (b), Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1977: Kelayakan-kelayakan Menduduki Rumah Kerajaan ; (iii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 27 Tahun 1977: Tanggungan Bagi Menjelaskan Bayaran Air-Perintah Am 18 Bab 'E'; (iv) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1976: Tanggongan Bagi Menjelaskan Bayaran Air - Perintah Am 18 Bab 'E'; (v) Bahagian (2), Lampiran C, Perintah Am Bab E Tahun 1974: Sewa Mes, Asrama dan Lain-Lain Tempat Tinggal Yang Serupa; (vi) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 1972: Sewa Rumah Kerajaan Bagi Kelas Rumah Yang Lebih Rendah Daripada Kelas Yang Layak Diperuntukkan; (vii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 1971: Sewa Bilik Di Asrama Atau Mes; (viii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 1971: Sewa Bilik Di Asrama Atau Mes; (ix) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 1971: Sewa Rumah Di Bawah Syarat-

2-1  Bil. Tema PP/SPP/SE Yang Dibatalkan Syarat Perkhidmatan Baru (Suffian). (x) Perenggan 1.13, Surat Edaran JPA(S)2760/10 Klt.6/(28) bertarikh 7 Ogos 1996: Penjelasan Mengenai Pemberian Imbuhan Tetap Perumahan, Elaun dan Bayaran Lain Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1996 2. Peraturan Mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan (i) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008: Penjelasan Pelaksanaan Mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan; (ii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan. 13 Tahun 2007: Mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan; (iii) Perenggan 9, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 1980: Bayaran Bantuan Sewa Rumah; (iv) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1977: Mengosongkan Rumah Kerajaan Apabila Bersara. (v) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 1975: Mengosongkan Rumah Kerajaan Apabila Bersara; dan (vi) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 1974: Kadar Sewa Rumah Kerajaan Selepas Pelaksanaan Gaji Bersih Di Bawah Perakuan Suruhanjaya Gaji Suffian Dan Aziz. 3. Bayaran Imbuhan Perumahan Kerajaan (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2002: Bayaran Perumahan Khas.

4  CERAIAN SR.3.1.1 PERATURAN MENDUDUKI RUMAH KERAJAAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan berkaitan peraturan menduduki Rumah Kerajaan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. LATAR BELAKANG 2. Peraturan menduduki Rumah Kerajaan diperuntukkan melalui Perintah Am Bab E, perenggan C1, Lampiran C8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2002. PELAKSANAAN 3. Penetapan kelayakan Kelas Rumah Kerajaan adalah seperti berikut: Penetapan Kelayakan Kelas Rumah Kerajaan Mengikut Gred Gred Kelas Rumah Utama ‘B’ / Gred Khas ‘B’ dan ke atas A Utama ‘C’ / Gred Khas ‘C’ dan ke atas B 53 hingga 56 C/B (B-Sekiranya ada kekosongan) 47 hingga 52 C 41 hingga 46 D/C (C-Sekiranya ada kekosongan) 31 hingga 40 E/D (D-Sekiranya ada kekosongan) 27 hingga 30 E 21 hingga 26 F/E(E-Sekiranya ada kekosongan) 13 hingga 20 G 1 hingga 12 H,I dan J 4. Seseorang pegawai yang diperuntukkan Rumah Kerajaan hendaklah membuat Bayaran Menduduki Rumah Kerajaan (BMRK) mengikut kadar dan kaedah yang ditetapkan oleh Kerajaan iaitu potongan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) daripada kelayakan pegawai mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2015, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2015, surat pelaksanaan JPA.SARAAN(S) 2760/10 Klt.21 (62) dan (63) bertarikh 10 September 2015 dan Bayaran Imbuhan Sara Hidup SR.3.1.1

5  (BISH) mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2019 atau pindaannya dari semasa ke semasa. 5. Pegawai yang dibenarkan menduduki sesebuah rumah Kerajaan yang kelasnya lebih tinggi daripada kelayakannya, kenaan BMRK adalah: i. mengikut kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan iaitu potongan ITP dan BISH atau pindaannya dari semasa ke semasa sekiranya peruntukan rumah tersebut adalah atas tawaran oleh Ketua Jabatan atau Pegawai Perumahan; dan ii. perbezaan kadar bayaran berdasarkan BMRK (BMRK gred tertinggi kelas rumah berbanding BMRK kelayakan pegawai) sekiranya atas permohonan sendiri. 6. Pegawai yang telah diperuntukkan rumah yang kelasnya lebih rendah daripada kelayakannya, kenaan BMRK adalah seperti di perenggan 4. 7. Kriteria perumahan Kerajaan seperti mana yang ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri adalah: i. sesebuah rumah yang dijadikan Rumah Kerajaan hendaklah diperolehi atau dibina dengan peruntukan Kerajaan; ii. diselenggara oleh Kerajaan; dan iii. mempunyai kemudahan asas seperti bekalan air bersih, elektrik dan kaedah pembuangan najis dan kumbahan yang sempurna. 8. Sebuah bilik di asrama atau mes atau mana-mana kediaman yang serupa yang memenuhi kriteria Rumah Kerajaan adalah dianggap sebagai satu unit kediaman. 9. Rumah-rumah Kerajaan hendaklah dilengkapi dengan meter air dan elektrik individu dengan membuat permintaan kepada pihak berkuasa bekalan air dan elektrik yang berkaitan. PEMBATALAN 10. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, pekeliling dan surat pekeliling di bawah adalah dibatalkan: SR.3.1.1

6  (i) Perenggan C1, Lampiran C8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002: Kemudahan Rumah Kerajaan; (ii) Kembaran 11, perenggan 14 (a) dan (b), Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1977: Kelayakan-kelayakan Menduduki Rumah Kerajaan; (iii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 27 Tahun 1977: Tanggungan Bagi Menjelaskan Bayaran Air-Perintah Am 18 Bab 'E'; (iv) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1976: Tanggongan Bagi Menjelaskan Bayaran Air - Perintah Am 18 Bab 'E'; (v) Bahagian (2), Lampiran C, Perintah Am Bab E Tahun 1974: Sewa Mes, Asrama dan Lain-Lain Tempat Tinggal Yang Serupa; (vi) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 1972: Sewa Rumah Kerajaan Bagi Kelas Rumah Yang Lebih Rendah Daripada Kelas Yang Layak Diperuntukkan; (vii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 1971: Sewa Bilik Di Asrama Atau Mes; (viii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 1971: Sewa Bilik Di Asrama Atau Mes; (ix) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 1971: Sewa Rumah Di Bawah Syarat-Syarat Perkhidmatan Baru (Suffian); dan (x) Perenggan 1.13, Surat Edaran JPA(S)2760/10 Klt.6/(28) bertarikh 7 Ogos 1996: Penjelasan Mengenai Pemberian Imbuhan Tetap Perumahan, Elaun dan Bayaran Lain Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1996. PEMAKAIAN 11. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

 7 CERAIAN SR.3.2.1 PERATURAN MENGOSONGKAN RUMAH BIASA KERAJAAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menerangkan peraturan mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan oleh pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang memiliki rumah melalui pembiayaan Skim Pinjaman/Pembiayaan Perumahan Kerajaan dan pegawai yang akan bersara. LATAR BELAKANG 2. Pelaksanaan peraturan mengenai mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan oleh pegawai Perkhidmatan Awam yang telah memiliki rumah melalui pembiayaan Skim Pinjaman/Pembiayaan Perumahan Kerajaan dan yang akan bersara telah diperuntukkan melalui Perintah Am Bab E 1974, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2007, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 1975 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1977. PELAKSANAAN 3. Peraturan pengosongan Rumah Biasa Kerajaan kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang telah memiliki rumah melalui pembiayaan Skim Pinjaman/Pembiayaan Perumahan Kerajaan adalah seperti berikut: a) pegawai yang menduduki Rumah Biasa Kerajaan, bertugas dan memiliki rumah sendiri yang dibeli melalui Skim Pinjaman/Pembiayaan Rumah Kerajaan dalam kawasan lingkungan 25 kilometer yang ditetapkan dikehendaki mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan apabila rumah yang dimiliki melalui skim tersebut siap dan selamat untuk diduduki; b) kawasan lingkungan 25 kilometer adalah ditetapkan daripada bangunan kekal atau mercu tanda seperti berikut: i. Bangunan Perdana Putra bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya; ii. Bangunan Sultan Abdul Samad bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya;

 8 SR.3.2.1 iii. Bangunan Dewan Serbaguna, Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi Nilai, Negeri Sembilan; dan iv. Bangunan Dewan Serbaguna, Kompleks Kediaman Kakitangan Awam di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin bagi Gelang Patah, Johor. c) pegawai yang menduduki Rumah Biasa Kerajaan yang dikendalikan oleh Jabatan/Agensi selain Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), JPM dan memiliki rumah sendiri yang dibeli melalui Skim Pinjaman/Pembiayaan Rumah Kerajaan dalam lingkungan 20 kilometer daripada pejabatnya, hendaklah mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan yang didudukinya sebaik sahaja rumah yang didirikan atau dibelinya itu telah siap dan selamat untuk diduduki; dan d) tempoh mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan tersebut adalah 45 hari daripada tarikh rumah tersebut siap dan selamat untuk diduduki. Tempoh 45 hari adalah mulai dari tarikh Sijil Layak Menduduki (CF) dan kunci rumah diterima oleh pegawai. Sekiranya pegawai masih menduduki Rumah Biasa Kerajaan selepas tempoh 45 hari tersebut, pegawai akan dikenakan dua kali ganda Bayaran Menduduki Rumah Kerajaan (BMRK) yang ditetapkan oleh Kerajaan. 4. Peraturan pengosongan Rumah Kerajaan kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang akan bersara adalah seperti berikut: a) pegawai Perkhidmatan Awam yang mendiami sesebuah rumah Kerajaan mestilah mengosongkan rumah tersebut di hari akhir bekerja sebelum bersara melainkan jika kebenaran diberi oleh Pegawai Perumahan dalam keadaankeadaan tertentu sahaja untuk terus menduduki rumah tersebut selama tidak lebih daripada 30 hari lagi; dan b) Ketua Jabatan dipertanggungjawabkan untuk melaporkan nama, jawatan dan tarikh persaraan seseorang pegawai di bawah pentadbiran jabatannya yang mendiami Rumah Kerajaan kepada Pegawai Perumahan tiga (3) bulan sebelum persaraan pegawai tersebut.

 9 SR.3.2.1 PEMBATALAN 5. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, pekeliling dan surat pekeliling di bawah adalah dibatalkan: (i) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008: Penjelasan Pelaksanaan Mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan (ii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2007: Mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan; (iii) Perenggan 9, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 1980: Bayaran Bantuan Sewa Rumah; (iv) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 1975: Mengosongkan Rumah Kerajaan Apabila Bersara; (v) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1977: Mengosongkan Rumah Kerajaan Apabila Bersara; dan (vi) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 1974 : Kadar Sewa Rumah Kerajaan Selepas Pelaksanaan Gaji Bersih Di Bawah Perakuan Suruhanjaya Gaji Suffian Dan Aziz. PEMAKAIAN 6. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

 10 CERAIAN SR.3.3.1 BAYARAN IMBUHAN PERUMAHAN KHAS TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menerangkan Bayaran Imbuhan Perumahan Khas (BPK) kepada pegawai yang diperuntukkan Rumah Kerajaan tertentu (tidak termasuk perkhidmatan Tentera, Polis, Bomba, Penjara dan Unit Pencegah Penyeludupan). LATAR BELAKANG 2. Pembayaran BPK diperuntukkan kepada pegawai yang mendiami Rumah Khas Jabatan, Rumah Khas Jawatan dan Kediaman Rasmi Penjawat Tinggi Kerajaan sebagai galakan untuk pegawai berkenaan menduduki Rumah Kerajaan yang diperuntukkan kepadanya. Pembayaran BPK diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2002 serta pindaannya melalui Surat Edaran JPA (SARAAN)(S)223/8/5-1(6) bertarikh 29 September 2010 dan JPA.(S).800-1/1/13(7) bertarikh 8 Julai 2022. PELAKSANAAN Kadar Bayaran Imbuhan Perumahan Khas dan Pegawai Yang Layak 3. Pembayaran BPK sebanyak 50% daripada kelayakan kadar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) pegawai diberi kepada pegawai yang menduduki: i. Rumah Khas Jabatan; ii. Rumah Khas Jawatan; dan iii. Kediaman Rasmi Penjawat Tinggi Kerajaan. Syarat Bayaran Imbuhan Perumahan Khas 4. BPK dibayar dengan syarat pegawai menduduki rumah yang diperuntukkan kepadanya. Pegawai tidak layak dibayar ITP dan juga tidak dikenakan bayaran sewa sepertimana ditetapkan mengikut peraturan Perintah Am 15 Bab ‘E’. 5. Syarat tidak menyewakan rumah sendiri adalah dimansuhkan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2022.

 11 SR.3.3.1 Pegawai Yang Diperuntukkan Rumah Khas Jabatan 6. Pegawai yang diperuntukkan Rumah Khas Jabatan tiada pilihan untuk tinggal di rumah lain memandangkan rumah berkenaan diperuntukkan atas keperluan tugasnya. Jika pegawai tidak menduduki rumah yang diperuntukkan, pegawai tidak layak BPK dan ITP. Pegawai Yang Diperuntukkan Rumah Khas Jawatan 7. Pegawai yang diperuntukkan Rumah Khas Jawatan perlu menduduki rumah berkenaan berdasarkan kepentingan jawatan yang disandangnya. Jika pegawai tidak menduduki rumah yang diperuntukkan, pegawai tidak layak BPK dan ITP. Pegawai Yang Diperuntukkan Rumah Biasa Kerajaan 8. Pegawai yang diperuntukkan Rumah Biasa Kerajaan tidak layak dibayar BPK oleh kerana pegawai berkenaan menduduki rumah yang berkenaan atas pilihannya sendiri. Pegawai adalah tertakluk kepada Bayaran Menduduki Rumah Kerajaan (BMRK) mengikut kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti di Ceraian SR.3.1.1 atau pindaannya dari semasa ke semasa. PEMBATALAN 9. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2002: Bayaran Perumahan Khas adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 10. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy