86 vi) sekiranya kemudahan vaksin yang diperlukan tidak dapat diperoleh di fasiliti kesihatan Kerajaan, kemudahan tersebut boleh diperoleh di fasiliti kesihatan swasta atas tanggungan Kerajaan tertakluk kepada pematuhan terhadap syarat-syarat berikut: a) mengemukakan permohonan tuntutan perbelanjaan kepada Ketua Jabatan menggunakan Borang Perubatan 1/09 seperti di Lampiran SR.2.1.1(J); b) Ketua Jabatan boleh membuat pertimbangan untuk meluluskan permohonan pegawai berdasarkan peraturanperaturan berkuat kuasa; dan c) kadar tuntutan adalah berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit, KKM bagi pengambilan vaksin atas asas keperluan perkhidmatan sahaja. Sekiranya pengambilan vaksin tersebut bukan atas asas keperluan perkhidmatan, maka kos tersebut hendaklah ditanggung sendiri oleh pegawai. Tanggungjawab Ketua Jabatan 8. Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk memastikan perkara-perkara berikut dilaksanakan dengan teratur: i) syarat-syarat pelaksanaan sebagaimana yang ditetapkan dalam Ceraian ini dipatuhi; ii) memastikan keperluan vaksin pegawai bukanlah kehendak pegawai sebaliknya keperluan tersebut termaktub dalam mana-mana akta/peraturan berkuat kuasa (keperluan statutori) atau keperluan tersebut adalah keperluan organisasi; iii) sekiranya keperluan vaksin tersebut merupakan keperluan organisasi, Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan perakuan Ketua Perkhidmatan setelah mendapatkan sokongan daripada Bahagian Kawalan Penyakit, KKM berhubung risiko pegawai dalam pelaksanaan tugas dan keperluan vaksin;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy