85 ii) “fasiliti kesihatan swasta” bermaksud mana-mana klinik/hospital swasta yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kelayakan 6. Kemudahan Pemberian Vaksin Atas Asas Keperluan Perkhidmatan layak diperuntukkan kepada: i) pegawai yang dilantik secara tetap, sementara atau kontrak (contract of service); dan ii) pegawai terlibat dengan sesuatu tugas yang terdedah dengan risiko jangkitan penyakit. Syarat-syarat 7. Pegawai layak diberikan kemudahan pemberian vaksin atas asas keperluan perkhidmatan tertakluk kepada syarat-syarat berikut: i) terhad kepada diri pegawai sahaja; ii) keperluan mengambil suntikan vaksin adalah disebabkan keperluan perkhidmatan/keperluan melaksanakan tugas seperti yang ditetapkan oleh mana-mana akta/peraturan berkuat kuasa yang secara khusus mensyaratkan pengambilan vaksin untuk melaksanakan tugas rasmi pegawai; iii) sekiranya keperluan pengambilan vaksin tersebut tidak dinyatakan dalam mana-mana akta/peraturan yang berkuat kuasa, tetapi Ketua Jabatan mendapati bahawa terdapat keperluan organisasi, maka Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan perakuan Ketua Perkhidmatan; iv) Ketua Jabatan memberikan arahan kepada pegawai untuk mendapatkan vaksin; v) pegawai hendaklah mendapatkan kemudahan vaksin di fasiliti kesihatan Kerajaan;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy