84 CERAIAN SR.2.7.2 KEMUDAHAN PEMBERIAN VAKSIN ATAS ASAS KEPERLUAN PERKHIDMATAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan kemudahan pemberian vaksin atas asas keperluan perkhidmatan kepada pegawai. LATAR BELAKANG 2. Kemudahan perubatan untuk pegawai dan keluarga serta ibu bapa yang sah diperuntukkan di bawah Perintah Am Bab F (Perubatan) Tahun 1974 dan PPSM, Pekeliling Induk SR.2. Kemudahan tersebut secara umumnya tertumpu kepada rawatan penyakit sekiranya pegawai jatuh sakit. 3. Pada masa ini, tiada sebarang dasar berhubung kemudahan pemberian vaksin secara percuma di klinik/hospital Kerajaan bagi tujuan pencegahan untuk pegawai atas keperluan perkhidmatan. 4. Sehubungan dengan itu, bagi tujuan untuk melindungi kesihatan pegawai daripada risiko jangkitan penyakit serta bekerja dalam persekitaran yang kondusif dan selamat, Kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 - Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan bersetuju supaya kemudahan pemberian vaksin atas asas keperluan perkhidmatan diperuntukkan kepada pegawai yang terdedah kepada risiko penyakit berjangkit semasa menjalankan tugas. PELAKSANAAN Tafsiran 5. Dalam Ceraian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain: i) “fasiliti kesihatan Kerajaan” bermaksud sebarang hospital Kerajaan dan termasuk mana-mana hospital universiti, hospital tentera, rumah sakit angkatan tentera, klinik-klinik Kerajaan dan lainlain yayasan perubatan Persekutuan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy