Kemudahan Perubatan

 83 ii) memastikan keperluan pemeriksaan kesihatan pegawai bukanlah kehendak pegawai sebaliknya keperluan tersebut termaktub dalam mana-mana akta/ peraturan berkuat kuasa (keperluan statutori) atau keperluan tersebut adalah keperluan organisasi; iii) sekiranya keperluan pemeriksaan kesihatan tersebut merupakan keperluan organisasi, Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan perakuan Ketua Perkhidmatan setelah mendapatkan sokongan daripada Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung keperluan pemeriksaan kesihatan; iv) mengemukakan arahan secara bertulis kepada pegawai untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di fasiliti kesihatan Kerajaan; dan v) bagi urusan permohonan perbelanjaan sekiranya kemudahan pemeriksaan kesihatan tidak dapat diperoleh di fasiliti kesihatan Kerajaan, pembayaran yang dibuat kepada pemohon adalah berdasarkan kepada tatacara dan peraturan kewangan berkuat kuasa. TARIKH KUAT KUASA 9. Ceraian ini berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024. PEMAKAIAN 10. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy